Saturday, 20 February 2016

Resepi Tart Telur Mudah

Assalamualaikum..

Fizah nak share tart telur yang selalu fizah buat.. siap jual lagi.. ^_^





Bahan Doh

- 1 biji telur
- 1/2 cwn gula ising
- 1 3/4 cwn mentega
- 1/2 penutup esen vanila
- 2 1/2 cwn tepung gandum

Bahan Filling

- 3 biji telur
- 1/2 cwn gula castor
- 1 cwn susu cair
- 1 cwn air
- 1/2 penutup esen vanila
- 1 sdb tapung kastard
- sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan

(i) Kulit tart

1. Mix mentega dan gula ising sampai kembang
2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi bagi sebati
3. Masukkan tepung hingga menjadi doh lembut (doh tak melekat kat tangan) kalau melekat lagi boleh tambah kan lagi tepung.
4. Bulatkan doh dan tekap kan ke dalam acuan tart.
5. Siap semua, cucuk dasar tart dengan garfu supaya tart tak kembang.
6. Bakar dulu kulit tart dalam 5-10 minit pada suhu 180 C (bergantung pada oven masing2)
7. Keluarkan dari oven dan letakkan filling, bakar lagi 15 minit atau hingga masak.

(ii) Filling Tart

1. Campur semua bahan dan kacau rata menggunakan garfu
2. Dah siap, boleh tapis dulu yer kalau tak filling akan jadi ketul ketul.

Dah siap.. senang je kan? buat tart ni kena banyak bersabar yer..

**Cara bakar tu fizah suka cara yang fizah bagitahu kat atas, sebab tart akan lebih ranggup daripada terus masukkan filling dalam acuan dan terus bakar.

Selamat mencuba yer..

2 comments:

  1. SEDAP TAET TELUR NI KALAU DIBELI MHL SGT HRGANYA BAIK BUAT SENDIRI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu sis.. puas ati buat sendiri..leh mkn pns pns.. ^_^

      Delete