Tuesday, 22 December 2015

GIVEAWAY POCKET CALENDAR NEW YEAR 2016 by www.nooratikahramli.com

Assalamualaikum..



jom join GA ni..
klnik banner kt atas yer..
tq.. ^_^

12 makanan kegemaran Rasulullah SAW dan juga kelebihannya.

Assalamualaikum.. ptg ni fizah nak share makanan kegemaran Rasulullah SAW kita dan kelebihannya..




12 makanan kegemaran Rasulullah SAW dan juga kelebihannya.


1.Barli (جو jau)


Barli ni, kalau kita buat sup sangat bagus ketika kita demam


2.Kurma (کھجور)




Rasulullah SAW berkata rumah yang takde Kurma ni dah macam rumah yang tak mempunyai makanan. Kalau pregnant pon bagus amalkan makan kurma ni.


3.Ara (انجير)


Buah Ara atau dipanggil Buah Tin. Buah Tin ni merupakan buah dari syurga. Dan buah ni jugak buah mengubati penyakit buasir.


4.Anggur (انگور)


Rasulullah SAW amat sukakan anggur. Anggur ni pulak boleh membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.


5.Madu (شہد)

 

Madu ni ibarat kata macam  makanan segala makanan,minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Rasullah SAW sangat suka minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ni merupakan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:



1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 

2. Mencuci perut 

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 


6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)


 Segala jenis tembikai. Rasulullah SAW berkata: 'Wanita yang mengandung dan makan tembikai tidak akan gagal untuk melahirkan anak yang baik dari segi wajah dan juga baik perwatakannya.


7.susu



Rasulullah (SAW) berkata yang susu ni baik untuk membuang panas badan. Ia juga dapat menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.


8.Cendawan (کھمبي)


Cendawan ini pula penawar yang baik untuk mata dan juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran. Senang cakap macam perancang keluarga la..



9.Minyak Zaitun (زيتون)


Minyak zaiton sangat baik untuk rawatan kulit dan rambut. Ia juga dapat melambatkan penuaan dan merawat radang perut.


10.Delima (انار)

 

Delima pula dapat membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


11.Cuka (سرکہ)


Rasulullah SAW menggunakan cuka untuk dimakan dengan minyak zaitun. Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah. 


12.Air (پاني)


Rasulullah SAW berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air.
Minuman Manis dan Sejuk 
Aisyah RA meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 


Ringkasan adab minum 

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat

 Kadang-kadang  Rasulullah SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"
dan juga,
 Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

Itulah diantara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Semua yang baik datangnya dari Allah dan segala kekurangan tentulah dari diri saya. Jika ada kesilapan boleh la tegur ye.. 


Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al Sajary daripada Anas) 



info SINI

5 cara legakan sakit kepala migrain tanpa ubat

Assalamualaikum..


Anda sering sakit kepala kerana migrain? 
Bagaimana cara nak legakan sakit kepala migrain? 
Takkan nak kene telan panadol atau painkiller selalu kan..risau juga kesan di kemudian hari. Jika dibiar berlarutan dan jadi migrain teruk pun susah juga. Nak buat kerja apapun tak boleh nak fokus.

Arghh..sakitnya Allah saja yang tahu..
Penyakit migrain merupakan sejenis sakit kepala yang berkait dengan ketidakseimbangan pengecutan dan pengembangan salur darah di otak. Ia juga digelar "vascular headache". Punca sebenar tidak diketahui, tetapi ia melibatkan cetusan bahan kimia di otak seperti serotinin yang dapat mengubah saiz urat darah dalam otak.

Antara faktor pencetus migrain ialah:

  • tekanan
  • pemakanan
  • kitaran hormon
  • sinaran skrin komputer atau telefon
  • kurang tidur
  • perubahan cuaca
  • aktiviti fizikal berlebihan



Saya salah seorang pengidap migrain sejak sekolah lagi. Kadang-kadang bila dah teruk sangat sakit kepala saya akan muntah. Selepas muntah selalunya kesakitan akan reda sedikit. Biasanya apabila diserang migrain saya akan mengasingkan diri daripada umum dan berkurung sementara di tempat gelap kerana silau cahaya, kesesakan dan kepanasan akan membuatkan sakit kepala saya bertambah teruk.

Berikut adalah..

5 cara mudah yang anda boleh lakukan jika migrain mula menyerang.


1. Keluar dari kesesakan orang ramai dan cari tempat yang selesa untuk anda sekurang-kurangnya dapat duduk dan berehat. Cuba rehatkan diri dengan duduk tegak untuk mengurangkan ketegangan otot pada bahagian belakang kepala. Jika boleh elakkan melihat pada skrin telefon atau televisyen dan jauhkan dari cahaya, silau dan kepanasan.


2. Minum air kosong lebih banyak kerana ini akan mengurangkan kepekatan darah yang mungkin menjadi sebab perjalanan darah di kepala tidak lancar.



3. Jika boleh, rendamkan kaki ke dalam besen yang mengandungi air suam. Jika berada di rumah, anda boleh juga mandi dengan air suam. Mandi dapat melegakan sakit kepala juga. Air yang dilalukan di atas kepala untuk beberapa ketika akan menyejukkan kepala dan meredakan ketegangan saraf dan melancarkan semula peredaran darah di bahagian kepala. Sangat berkesan bagi saya


4. Bagi muslim boleh juga jika anda ingin melakukan ru'yah dengan ayat al-Quran atau meminta sesiapa membacakannya untuk anda dengan niat untuk memulihkan sakit kepala tadi.
(Saya merujuk kaedah rawatan ru'yah Daarussyifa yang biasa suami saya bacakan pada saya apabila diserang migrain)
  1. Baca Surah Al-Fatihah (1x)
  2. Baca Selawat Syifa
  3. Baca ayat 19 surah al-Waaqi'ah(7x)
  4. diikuti doa penyejuk



doa ini khas untu dibacakan pada lelaki. Bagi perempuan atau untuk dibacakan pada diri sendiri boleh rujuk cara gantinama di bawah.
Rujukan: Rawatan Penyakit Jasmani(I)-Siri Pengajian Pengubatan Islam(Darussyifa')

5. Mengambil Ostematrix dan B Complex

Apabila sakit kepala mula menyerang, anda juga boleh mengambil vitamin B-Complex dan Ostematrix. Kedua-duanya bukanlah ubat. Hanya suplemen semulajadi dari Shaklee. 

Bagaimana B Complex dan Ostematrix membantu pesakit migrain?

Sebenarnya apa kandungan dalam B-Complex dan Ostematrix yang membantu pesakit migrain?



TESTIMONI FIZAH SENDIRI

Saya sendiri memang ada migrain. kalau migrain menyerang, sakit nya tu Allah saja tahu macamana.. dengan kepala berdenyut denyut, telan ubat pun hanya untuk tahan sakit je..
lepas tu datang balik.

Alhamdulillah, baru perasan lepas saya consume ostemetrix migrain dah jarang hinggap.. time tu ambil ostematrix sebab lain, rupanya oste pun salah satu suplemen untuk penghidap migrain.eheh

B complex ni saya bru je add on bulan lepas berbanding oste. Oste saya dah consume nak dekat setahun daa..

Semalam migrain datang lagi, tidur pun tak jadi apa.. sakit yang teramat sangat. malam sebelum tidur tu saya ambil oste lebih dari biasa saya ambil, Alhamdulillah bangun pagi, ringan kepala.. pagi lepas breakfast ambil B complex, memang dah tak terasa macam semalam..

Lebih baik kita consume suplemen vitamin kan?daripada kita terus ambil ubat ubatan, sebabnya ubat ni sebagai penahan je. suplemen ni kalau kita consume pengambilannya, In Sha Allah penyakit ni pun akan beransur hilang, kadang ianya tanpa kita sedar. ^_^




Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)





"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl