Monday, 7 December 2015

Duit Asyik Tak Cukup? Betulkan Sisi Ini Dulu!

Image result for duit tak cukup

Hanya sebab duit, suami isteri bahagia macam mana pun boleh 'tikam lidah'. Tambah pula kalau si suami hanya bergaji kecil. 
 
Jangan nak bezakan orang yang tinggal kat kampung dan bandar. Sebab harga barang pun sama tinggi melambung! Praktik perlahan-lahan walaupun awalnya sukar. Ingat, jangan kerana wang maka hubungan cinta yang dibina bertahun-tahun runtuh begitu sahaja.
 
Renunglah wajah pasangan dalam-dalam. Lihat, betapa dia terlalu penat untuk mencukupkan apa sahaja kemahuan kita. Bagi jaga hubungan suami isteri, elok rujuk info ini. 
 
 
1. Sewa rumah 
Ada ketika, kita berhadapan masalah membayar sewa rumah. Jika masih mengganggu, cuba bincang secara baik dengan tuan rumah. Mungkin boleh diminta tangguh. Andai jawapannya negatif maka lebih baik mencari rumah sewa yang relevan dengan bajet semasa.
 
2. Bayaran bil
 Sama ada bil air, elektrik, telefon dan sebagainya paling bagus biarlah dijelaskan pada setiap bulan. Jika tertangguh, bimbang di bulan seterusnya jumlah bayaran akan berganda. Situasi ini mungkin membebankan kewangan anda kelak.
 
 
 
 
3. Keperluan dapur
Sebenarnya boleh dirancang dengan baik dengan memberi keutamaan kepada barang yang perlu seperti beras, gula, garam, minyak, tepung, ikan, sayur berbanding makanan ringan, air berperisa, makanan sejuk beku dan sebagainya.
 
 
 
 
4. Wang saku isteri
Usah risau kerana hal ini masih boleh dibawa berbincang. Isteri adalah insan paling dekat selain ibu bapa. Pastinya dia memahami, mungkin wang saku pada bulan itu boleh dilupakan seketika bagi menyelesaikan perkara yang lebih penting.
 
5. Belanja sekolah anak
Bagi menangani masalah kewangan, cuba biasakan anak-anak membawa bekal makanan ke sekolah. Mungkin dari RM3 sehari, jumlah tersebut mampu dikurangkan kepada RM2 kerana ada bekalan dari rumah. 


info sini

6 comments:

  1. APAPUN PENYELESAIANNYA PERLU PERBINCANGAN N KOMPROMI KAN FIFI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu sis..kne sling berbincg dlu.. ^_^

      Delete
  2. Nice info Fifi... Assalamualaikum, sori Fifi, saya tag nama awak...

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/12/10-soalan-dari-blogger-misszyaroses.html

    ReplyDelete