Tuesday, 8 December 2015

6 Tip Ini Tambah Duit 'Laki Bini'

Assalamualaikum..



Jangan terkejut, ada di kalangan kita sanggup ikat perut demi memastikan bajet bulanan berjaya. Banyak keluhan diluahkan yang mana majoritinya datang dari para isteri. Hendak menyimpan pun susah, apatah lagi berbelanja untuk diri sendiri. Apa kata anda ikut tip ini...
 
 
1. Nak selamat, senaraikan keperluan keluarga dalam tempoh sebulan seperti bajet untuk barang dapur, bil, ansuran kereta dan sebagainya.
 
2. Kena disiplinkan diri dan bijak membezakan antara keperluan atau kehendak.
 
3. Isikan masa terluang dengan menjalankan perniagaan mudah di dalam talian seperti pakaian, makanan dan lain-lain.
 
 
 
4. Semai tabiat menabung walaupun RM5 sehari. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
 
5. Cuba gunakan kaedah wang sampul. Asingkan wang gaji mengikut keperluan. Anda hanya ‘dibenarkan’ mengambil wang yang tertulis ‘perbelanjaan harian’ sahaja.
 
6. Bawalah bekal ke tempat kerja sebagai amalan. Sedar atau tidak anda sebenarnya menjimatkan paling tidak RM10 untuk makan tengah hari.


tip yang sangat mudah dan senang.. jangan malu yer untuk bawak bekal ke tempat kerja.. setengah orang malu nak bawak sebab takut kawan kawan cop kita sebagai "kedekut" betul tak?? ^_^

bagus nya bawak bekal untuk suami apabila si isteri yang masak.. air tangan isteri pengikat kasih sayang suami isteri..


semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment