Monday, 28 December 2015

5 Tip Elak Bayi Tersedak Susu!

Elak Bayi Tersedak Susu


Jangan pandang remeh soal anak minum susu. Anda kena ambil tahu info yang terbaik untuk menyusukan si comel. Jika silap teknik, bayi boleh jadi mangsa tersedak susu. 
 
Ibu muda cukup risau jika kes ini berlaku pada anak yang ditinggalkan kepada pengasuh. Kali ini MW kongsikan beberapa tip untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu. Jom, semak jika sayang anak...
 
 
1. Pilih puting susu
Selalunya ibu mesti pilih botol yang menarik, tapi sebenarnya anda kena tengok puting dulu ya. Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam mulut bayi. Sebaiknya pilih puting sepadan mengikut usia bayi anda.
 
 
2. Pastikan bayi sendawa
Selepas bayi anda kenyang menyusu, sendawa kan bayi anda secepat mungkin untuk mengeluarkan angin. Ini nak elak bayi muntah ketika tidur.
 
 
3. Betulkan posisi bayi 
Pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya waktu menyusu. Botol susu, mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 sehingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak yang boleh menyebabkan bayi lemas.
 
 
4. Kalau malas, jangan bagi susu
Posisi yang terbaik bagi ibu yang menyusu badan adalah memangku bayi seperti mana yang disarankan. Elakkan daripada memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai atau tidur mengiring.
 
 
5. Susukan dengan betul
Ibu yang menyusu badan kena memastikan kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut bayi bagi mengelakkan si manja anda tersedak susu.

No comments:

Post a Comment