Sunday, 20 December 2015

5 Cara Selamat Untuk Anak Suka Hisap Puting

5 Cara Selamat Untuk Anak Suka Hisap Puting



Ibu ayah bekerja terpaksa bagi puting kosong kepada anak kecil hanya sebab mahu anaknya diam atau berhenti menangis.


Namun bimbang juga kalau anak susah nak lepas dan ini boleh bagi kesan yang buruk kepada pertumbuhan gigi si kecil.


Perkara penting ibu bapa perlukan tekankan bagi anak yang suka hisap puting, pastikan anda menekankan ciri-ciri keselamatan seperti ini...


1. Gunakan puting yang bersih
Jangan pandang remeh, anda kena steril puting kosong sama seperti puting botol. Apatah lagi puting kosong kerap digunakan bayi.


2. Tukar puting kerap
Sebaiknya anda menggantikan puting kosong bayi secara kerap. Pastikan puting tidak pecah atau berlubang yang boleh menjadi punca kuman merebak. Kalau tengok ada kesan itu, gantikan dengan puting baru secepat mungkin.


3. Hadkan penggunaan
Jangan terlalu bergantung kepada puting, bimbang sekiranya penggunaan puting kosong untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan infeksi kepada telinga. Jika bayi diserang kolik atau sedang menangis, anda boleh bagi puting.


4. Beri apabila perlu
Cuba beri puting kosong apabila bayi anda memerlukan puting kosong sahaja. Jangan biarkan anak anda terlalu bergantung kepada puting, risau jadi satu tabiat dan payah nak 'cerai' hisap puting.


5. Ketepikan bila tiba masa
Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya sebelum usia satu tahun. Seeloknya sebelum gigi kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.



jangan sampai menjadi tabiat anak hisap puting.. sebab ada setengah budak langsung tak boleh "bercerai" puting.

percaya atau tak?? ni ada yang terdekat fizah, sampai 5 tahun pun still lagi hisap puting.. kesian kan? masa kecil mungkin rasa biasa, tapi bila anak dah besar? kesian kan takut jadi bahan ejekan kawan kawan.

kalau boleh elakkan terus. ^_^

2 comments:

  1. SEELOKNYA JGN DIAJAR BABY HISAP PUTING NI...KALAU XDIBIASAKAN BABY PUN XHERAN DGN PUTING...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl sis..kalu tak sampai besar isap lg puting..kesian plak..jd ggi n gusi smua jd lain.

      Delete