Tuesday, 10 November 2015

Resepi Nasi Goreng Kicap

Assalamualaikum..

Sapa kat sini memang favourite dia nasi goreng?? hehee.
masakan yang terlalu mudah, tapi kadang-kadang yang mudah pun malas nak masak. betul tak???





Bahan - bahan :

- Nasi dua orang makan
- Seketul isi ayam
- 2 ulas bawang putih * (ditumbuk)
- 3 ulas bawang merah * (ditumbuk)
- 2 biji cili api (dikeyuk)
- sedikit cili boh
- 1 sdb sos tiram
- kicap secukupnya
- sedikit kuib pati ayam
- timun batang
- tomato
- daun sup + daun bawang
- salad

Cara buat :

1. Tumis bahan bertanda * hinga kekuningan.
2. masukkan cili boh dan sos tiram. kacau sekejap.
3. masukkan isi ayam, tambahkan sedikit air dan masukkan kuib pati ayam, kacau sebati
4. seterusnya masukkan kicap, kacau dan masukkan nasi. kacau bagi sebati.
5. dah siap boleh la tambah bahan hiasan timun batang, tomato, daun sup + daun bawang dan salad.

Selamat mencuba..

4 comments: