Monday, 9 November 2015

Resepi Kue Tiew Goreng

Assalamualaikum..
Kue Tiew goreng.. ada tak yang tak suka?? Tak semua orang suka makan kue tiew. officemate fizah ada juga yang tak makan.. ehhe
Kue Tiew first time buat last week.. n pagi ni buat lagi..

Bangun awal-awal mengoreng, khas buat officemate fizah yang suka makan tu..
Alhamdulillah dapat feedback yang positif.. apa lagi..kembang hidung-hidung..hahaa

First buat pun dapat pujian tiptopp dari En Hubby.. ^_^
Kalau camni, lagi la semangat tu berkobar-kobar masak untuk suami..

Fizah Share resepi kt bawah ye.. resepi pun tersangat la mudah n senang.




Bahan-bahan untuk 1 bungkus kue tiew :

- 1 bungkus Kue Teow (dicuci n ditoskan)
- 1 ketul isi ayam
- 2 ulas bawang putih * (ditumbuk)
- 3 ulas bawang merah * (ditumbuk)
2 batang lada jarum * (ditumbuk) (optional kalau suka pedas)
- 1/2 kiub pati ayam 
- 1 1/2 sdb Cili boh
- 1 1/2 sdb sos tiram
- 1 1/2 sdb sos cili
- 1 1/2 sdb sos tomato
- 1 1/2 sdb kicap manis
- Fish ball
- Sawi hijau
- Taugeh
- 1 cwn air

Bahan Hiasan :

- 1 cili besar
- Tomato 
- Daun sup
- Daun Bawang 
- Timun batang

Cara buat :
  1. Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk bertanda * hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh, kacau sebati biar kan sekejap.
  3. Masukkan semua sos tiram, sos cili & sos tomato, kacau sebati
  4. Masukkan isi ayam, kacau sekejap, masukkan air dan kicap.. biarkan mendidih & masukkan kiub pati ayam.
  5. Dah mendidih, masukkan terlebih dahulu batang sawi,biarkan sekejap
  6. Seterusnya masukkan kue tiew, taugeh, daun sawi & fishball. Kacau bagi sebati, biarkan seketika.
  7. Dah siap..! boleh la di tabur dengan hirisan cili besar, daun sup, daun bawang, timun batang dn juga tomato.. (ikt kretiviti masing2)

Senang je kan? bahan pun takde la rumit sangat.. bahan yang dah sedia ada di dapur.. ^_^

Kadang buat fizah tak ikut sukatan pun, pakat letak jew ikut rasa.. lepas tu boleh la ejas2 yer..

Selamat mencuba..


5 comments: