Thursday, 12 November 2015

Anak Sihat, Susu Ibu Penyelamat

Assalamualaikum wbt..

Anak?? adalah anugerah Ilahi yang amat bermakna..Anak juga amanah dari Ilahi..
Kerana anak kita sanggup buat apa sahaja kan??


Anak sihat, susu ibu penyelamat!

Kini masanya untuk anda memberikan yang terbaik untuk bayi anda. Percayalah susu ibu merupakan sebaik-baik anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT khas untuk si kecil dan sudah menjadi tanggungjawab ibu untuk menyempurnakan amanah tersebut.

Sebaik-baiknya ibu harus menyusukan bayi menjurus selepas kelahiran. Ini kerana susu pekat yang berwarna kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum merupakan cecair berharga buat bayi.

Ia mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi iaitu protein, vitamin A, sel darah putih dan laktosa. Ia mampu membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin.

Walaupun kolostrum ini keluar pada hari pertama kelahiran sehingga hari ketiga dalam kuantiti yang sangat sedikit, para ibu perlu meneruskan pemberian susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dan kemudiannya meneruskannya sehingga si manja berusia dua tahun.

Panduan susukan bayi

Benar, menjadi seorang ibu terkadang membuatkan anda lelah dan terganggu emosi. Usahakan untuk tenang dan berfikir positif agar terhindar dari baby blues dan hari-hari yang dilalui lebih tenang.

Keadaan yang positif di sekitar anda membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Selain itu, situasi yang membahagiakan selama menyusui membuatkan anda dan bayi menjalin ikatan yang kuat. Berikut panduan yang boleh dilakukan bagi membantu anda menyusukan bayi :

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam. Jika bayi tidur, kejutkannya. Anda harus percaya bahawa semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kenali posisi menyusu yang sesuai untuk anda dan bayi. Anda boleh memilih sama ada posisi mendukung, mendukung bersilang, mendakap dan berbaring serta memastikan bayi melekap dengan betul.
  • Atur posisi menyusu yang paling selesa untuk anda. Anda boleh meletakkan bantal di belakang punggung mahupun di paha.
  • Hiburkan diri anda dengan menonton televisyen atau melakukan aktiviti ringan yang anda gemari seperti membaca novel. Pilih sesuatu yang boleh membantu anda lebih tenang. Jika anda lebih senang melihat bayi anda ketika menyusukannya, lakukan sahaja.
  • Anda juga perlu mengambil pemakanan yang sihat agar memperoleh nutrisi. Makanan buah-buahan, salad, makanan rendah lemak, sedikit karbohidrat dan perbanyakan meminum air suam.
  • Usahakan mendapat istirahat yang cukup agar tubuh anda tidak kepenatan. Ketika bayi anda tertidur, anda juga berhak tidur sejenak.

Sediakan ini....

Apabila bayi berusia empat minggu, ibu perlu membawa bayi menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Buku rekod kesihatan anak
Setiap kali membawa si kecil bertemu doktor, bawa buku rekod kesihatan untuk memudahkan doktor memantau kesihatan dan perkembangan tubuhnya.
Catat pertanyaan
Jika anda ada soalan yang ingin diajukan kepada doktor berkenaan kesihatan si kecil, catat agar anda tidak terlupa. Sediakan buku khusus dan letakkannya bersama-sama buku rekod kesihatan bayi anda.
Rancang masa
Anda harus menyediakan bayi anda dalam keadaan selesa ketika bertemu doktor. Oleh itu, susui bayi sebelum itu dan tidurkannya terlebih dahulu. Apabila bertemu doktor, anda akan berasa lebih selesa kerana si kecil tidak meragam.

INFO
Muzik atau nyanyian yang keluar dari mulut ibu dapat membantu bayi pramatang menambah berat badannya. Dengan ini bayi dapat segera keluar dari hospital.

Mana2 Ibu yang kekurangan susu boleh mencuba seplemen Shaklee yang membantu memperbanyakkan susu Ibu..



19 KHASIAT ALFAFA :



KHASIAT ESP :






Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)

"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl

2 comments:

  1. Susu ibu memnag hebat.

    'Ubat' dan 'antibiotik' buat bayi kita

    ReplyDelete