Saturday, 28 November 2015

Ajak Anak Baca Buku Dengan 11 Cara Paling Berkesan

Ajak Anak Baca Buku Dengan 11 Cara Paling Berkesan

Jangan panik kalau anak masih belum minat dengan buku. Ibu boleh cuba teknik tarik minat membaca dalam diri anak-anak sejak kecil sebenarnya. Paling penting, Ibu kena pratikkan beberapa cara ini...
 
 
1. Untuk ibu-ibu muda yang mahu mengajar anak membaca, Ibu kena latih mereka bercakap dahulu. 
 
2. Biarkan si comel melalui proses untuk mengembangkan pengetahun bahasanya. 
 
3. Gunakan ayat dan perkataan yang jelas ketika bersembang dengan anak-anak. 
 
4. Elakkan penggunaan bahasa pelat kerana apa yang anak dengar, mereka akan cepat ikut dan terbawa-bawa. 
 
 
Daftarkan anak anda untuk Peraduan Dutch Lady: Tahap-Tahap Kebijaksanaan, yang mana anda dan anak anda akan memenangi hadiah-hadiah menarik dari Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5x DHA*.
 
 
 
Untuk menyertai peraduan, klik gambar di atas!
 
 
5. Kenalkan mereka dengan buku dari awal. Tidak semestinya untuk dibaca, tetapi sekadar menunjukkan gambar sahaja pun sudah membantu anak-anak untuk mempelajari perkara baru. Ini membuatkan mereka sukakan buku.
 
6. Banyakkan berbual dengan anak-anak. Walaupun ada usia setahun tu kita tak faham pun bahasa yang dituturkannya, tapi layankan sahaja. Rangsangan begini akan membuatkan mereka lebih teruja untuk belajar lebih banyak. 
 
7. Untuk awal pembacaan, Ibu boleh mulakan dengan huruf atau perkataan yang mudah disebut. 
 
8. Banyakkan penggunaan gambar ketika mengajar.
 
 
 
 
9. Jangan sesekali memaksa anak untuk membaca dalam tempoh yang singkat. Paksaan akan membuatkan mereka hilang fokus dan menjadi malas. Sebaiknya, ajarlah mereka membaca dalam keadaan tenang. 
 
10. Nak mengajar anak-anak membaca, Ibu pun kenalah tunjuk contoh yang baik. Membacalah di depan mereka. Bila dah biasa melihat orang lain buat, perasaan untuk membaca akan datang sendiri dalam diri mereka.
 
 
 
 
11. Owh, ya... biarkan anak-anak membuat pilihan buku sendiri. Jangan paksa mereka baca apa yang anda beli ya!
 
 
 
 
Moga tip ini akan membantu ibu bapa yang mahu menggalakkan anak-anak membaca di awal usia. Mungkin bukan hanya buku, tapi anak lebih cepat mengaji Al-Quran, jadi kenapa tak cuba? Selamat mencuba!


Semoga bermanfaat..


info sini

2 comments: