Monday, 2 November 2015

10 KHASIAT BETIK

Assalamualaikum.. alhamdulillah cuaca yang sangat baik pagi ni..

BETIK?? tau tak betik ni kaya dengan vitamin C & A. Betik ni juga mempunyai banyak khasiat.

Alhamdulillah syukur dapat makan buah betik.. lama sangat dah rasanya tak makan buah ni.. tetiba terliur.. dapat jugak makan.. ^_^









Antara 10 khasiat betik :


  • Sebagai tonik tambahan, sebagai penambah tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut.
  • Membekalkan vitamin,zat galian dan juga serat yang kita perlukan untuk mengubati sembelit dan buasir.  Bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan cacing kerawit di dalam perut.
  • Mencegah terjadinya batu karang di dalam pundi kencing
  • Daun pokok betik boleh mengubati sakit otot-otot dengan melekapkan daun betik yang dilayur atas api di bahagian yang sakit. Air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan sedikit perahan limau dapat mengubati sakit sendi.
  • Buah betik juga dapat merawat masalah jerawat dan kekedutan dengan menghancurkan buah betik dan ditampal di tempat yang bermasalah.
  • Mengubati tumit pecah-pecah dengan menggunakan betik muda yang dibelah dua dan diambil getah nya dan di sapu di tumit yang pecah.
  • Pucuk muda dijadikan ulam ulaman. Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dan mengeluarkan segala angin.
  • Sesuai untuk merawat hemoroid
  • Kaya dengan vitamin C dan mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
  • Kulit buah betik kaya dengan vitamin A dan juga kalium.

2 comments:

  1. Semalam baru makan betik..buat jus pun sodap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu sis..makan saja pun sdp..jus lagi la sdp.. :)

      Delete