Wednesday, 21 October 2015

Resepi Apam Susu Mudah

Assalamualaikum.. dah lama sangat fizah peram resepi nim..Alhamdulilah semalam berhasil jugak buatnya.. campur memang terasa nak makan sangat.. 


Ni dia Apam Susu


Fizah suka sangat tengok color nim.. cantik je kan? satu lagi malas nak beli color lain.. guna yang mana ada je.. ehehhe

Meh fizah share Resepi nya


Bahan bahan

- 4 biji telur **
- 1 cawan gula pasir**
- 1 sudu ovalete**
- 1 penutup esen vanila**
- 4 sdb susu pekat**
- 2 cawan tepung gandum

Cara buat :

1. Cara dia, mix kan semua bahan bertanda ** kat atas sampai adunan gebu n halus
2. Kemudian masuk kan tepung, gaul, bagi adunan sebati
3. Bahagikan beberapa bahagian n letakkan color kegemaran.. (ikut kretiviti)
4. Sapu kan planta pada loyang terlebih dahulu
5. Bolehlah tuangkan adunan selang seli sampai abis.
6. Dah siap, boleh la kukus apam tadi dalm 30 minit atau sampai masak

**makesure kukusan dipanaskan dulu yer..
**tutup penutup dengan kain, supaya wapnya tak terkena apam tadi.

Macam mana?? senang sangat kan.. boleh la try buat yer..

selamat mencuba..


2 comments:

  1. cantik apamnya mesti sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..sdp sungguh sis..lg pun senang jew.apam pun lembut. :)

      Delete