Tuesday, 29 September 2015

Gift ''Giveway Women Desire By Intan''

Assalamualaikum..
Alhamdulillah di murah kan rezeki.. hari ni sampai gift dr Intan Nasir.


gift  hasil masuk Giveway Women Desire By Intan

da selamat sampai..tq.. moga Intan di murah kan rezeki selalu.. amin..







Image result for shaklee independent distributor

"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
ID   : 1213594
Email : fififizah66@gmail.com

Pencarian Bloglist Oktober -BusyraTakiyudin-

Assalamualaikum,,


jom join sama sama..klik banner di atas yer..tq.. :)

Entry nya:
http://busyratakiyudin.blogspot.my/2015/09/chicken-chop-crispy.html
http://busyratakiyudin.blogspot.my/2014/08/projek-mini-pizza.html

Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa

Assalamualaikum..


jom join.. blh klik kat banner di ats yer.. 
tq.. :)
Hai semua nama sy fizah.. jns blog :  resipi, tip, kesihatan, general info

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum..


jom join segmen ni.. mudah je kan?? jom.. leh tmbahkan lbh ramai kenalan..
klik banner di ats yer.. tq :)

** jumlah follower #55# (^^,)

Permohonan Mylesen JPJ 2015 bantuan lesen motosikal

Assalamualaikum.. 


Borang mylesen jpj 2015 

Permohonan My Lesen JPJ 2015 bantuan lesen motosikal blh di buat sekarang yer.. siapa yg tak ada lesen motosikal blh la buat .
pendaftaran pon dh bermula dr 15 sept sehingga 15 okt 2015.
CEPAT2.. 

myLesen JPJ 1Rakyat 1Lesen 2015

Info lanjut boleh rujuk di SINI

Monday, 28 September 2015

## TB RAYA AIDILADHA 2015

Assalamualaikum wbt... Salam aidil adha semua..

TB blik time raya minggu lepas.huhuu
raya tak tahu ke mana.. raya pertama pusing pusing jew..
raya ke dua rajin buat puding roti n puding buih.. adik bongsu suka sangat puding buih..
suh je datang amik, bukan main suka lagi yer.. ^_^


nim la pic nya.. hehe


macam mana? ok tak? huhuu 

Raya ke tiga buat karamel n kek gula hangus.. khas untuk sedara sebelah hubby beraya kat rumah.
simple aje.. yg lain x sempat nk buat dah..

Rakan blogger yg lain mcm mana raya?? mesti meriah kan.. minggu ni mesti syokk duk makan daging lembu kan.. hehe

Segmen "Ucing Nak Url"

Assalamualaikum..

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/09/segmen-ucing-nak-url.html

jom join segmen ni..ari ni last tau.. 

Yess..!! Dah jd ahli SHAKLEE

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih lg berkesempatan berblog ni.. hehe
Alhamdulillah akhirnya 25/9/2015 SAH menjadi jd ahli SHAKLEE.. berbulan bulan jgk la menunggu saat ni.. yela nak masuk nya senang tapi tula byk kekangan nya..

semalam barang pon dah sampai..
buat balik rumah kotak tu.. hubby tengok punya la dia terkejut.. siap bersoal lagi, beli apa nya dgn shaklee??? banyak benar la borong nya.. ahha

dia punya la suspicious nk tau jugak menda apa ada kt dalam nim..
siap ambil kotak letak kt depan.. disuruh buka lg hah... hhaaahaa.. lucu tgk gelagat hubby..



ni la barang nya.. kotak je besar kn,hehe

Dengan harga ahli + pulak dengan satu pembelian mana mana vitamin dapat percuma Vita-lea.. syokk jekan?? huhuu

Nk beli untuk diri sendiri lg la senang..dah jth cinta sgt sgt dgn SHAKLEE ni..
start dr kenalan office jgk la..

TQ ye Puan Wawa.. :)

Sebab kegigihan dia la fizah try.hehe.. sblm nim pernah dengar, tp buat tak tahu je. yela tak dengar sendiri kn product nim mcm mana kan.. jumpa je kak wan, bnyak dia explain sal SHAKLEE.. dekat dia la fizah tanya mcm mcm n dia guide fizah cara makan semua.. TQ.. (^_^)

Image result for shaklee independent distributor

"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com

Sunday, 27 September 2015

Postcards Giveaway by Doodles of Life


Assalamualaikum..


jom join GA nim.. blh klik kt banner di atas yer.. :)
tq..

PETUA CEPAT HAMIL

PETUA CEPAT HAMIL

Assalamualaikum.. ari ni fzah nk share petua sng nk hamil..nim pon smlm ada kak ipar bercerita.. so fzah pon google la cri info terperinci..


Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mb kita boleh try petua ini. Petua ni aku dapat melalui email daripada salah seorang member. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.





Petuanya : 


1. Ambil segenggam kacang hijau. 

2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air). 

3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk) 

4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau) 

5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana. 

6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas). 

7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. kalo dh malas nk wat tauge sendiri beli je la yg dh ada kt kedai...Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. 

Elakkan:


• Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas 

• Makan junk food 

• Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai 

• Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza 

• Makan burger dan nugget 

• Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

kita cuma merancang je kan..berusaha, berdoa n tawakal pd Allah SWT.. mudh muahan dgn izin Nya dpt la menimang cahaya mata.. amin.. :)

"SEMOGA BERMANFAAT.. "

Wednesday, 23 September 2015

Giveaway Sempoi By MrsFara


Assalamualaikum..

http://mrsfara.blogspot.com/2015/08/giveaway-sempoi-by-mrsfara.html


jom join sblm tamat..
hari ni last tau.. 
blh klik banner di ats yer.. :)

Giveaway September 2015 dan Bloglist Oktober di Ummiseri.com

Assalamuaalikum..

giveaway shaklee,contest september 2015,bloglist oktober 2015,hadiah shaklee

jom sama sama join GA nim..mdh mhdn ada rezki kita.. :)
blh klik kt banner yer.. :)

3 entry :
- http://www.ummiseri.com/tag/alfalfa-complex/
- http://www.ummiseri.com/khasiat-bawang-putih/#comment-752
- http://www.ummiseri.com/3-tips-bina-aura-positif-dgn-membersihkan-diri-dari-tenaga-yg-tidak-diingini/

Tuesday, 22 September 2015

Puding roti



Malam malam buta sempat lagi buat.. Heehe. Dh rasa nk mkn kn, kena la ada usaha..
nim la puding nye.. mujur menjadi.. first time buat.eheh




Bahan2:

4 keping roti
1/2 cwn susu pekat
1 tin susu cair
8gm serbuk agar2
1/2 cwn gula
2 sdb butter / marjerin
3 1/2 cwn air
Pewarna

Cara2:

1. Didihkan serbuk agar2, gula dan 3 cwn air.
2. Blend susu pekat, susu cair, telur, roti bersama baki air td (1/2 cwn)
3. Masukkan bahan blend ke dalam agar agar, kacau.
4. Kemudian masukkan butter, kacau rata samapi mendidih n tutup api.
5. Blh la bahagikan adunan kpd beberapa bahagian.
6. Tuangkan adunan satu per satu ke dalam loyang, ulangi sampai adunan abis. ( kena buat cepat2 sbb adunan cepat membeku )
7. Dah siap, blh la masukkan ke dlm peti sejuk..
Senang je kn buat nye..? Hehee
Selamat mencuba..

Saturday, 19 September 2015

Puding buih

Assalamualaikum.. Nim smlm punye cite.ehehe. Smgt nk buat..brg dh ade tp x buat buat.. Ni bru rjin..mood buat kuih dh mai.hehee


















PUDING BUIH

1 paket agar agar 20gm
1.2 liter air
6 sdb gula
1 helai daun pandan - disimpul
4 bji telur (4 putih telur, 3 kuning telur)
Pewarna & paste ikut citarasa

Kuah :

1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu)
7 sdb gula
2 sdb tepung kastad (dibancuh dgn air)
1 bj kuning telur
1 helai daun 
1/4 sdk garam

Cara buat puding :

1. Masak agar2 bersama air, gula & daun pandan hingga mendidih.
2. Bila mendidih tutup api n ketepikan bg sejuk sdkit.
3. Bila dh suam, pukul telur putih hingga kembang n gebu (bila diterbalikkan adunan tak jatuh), kmudian bru masukkan satu per satu kuning telur, putar lg.
4. Tuang agar2 sedikit demi sedikit ke dlm telur, pukul hingga sebati.
5. Bahagi kan kpd beberapa bahagian n masukkan pewarna n paste yg di sukai.
6. Basahkan acuan terlebih dahulu, baru masukkan adunan pertama. Bg keras sdikit adunan pertama bru la masukkan adunan ke dua dn ulangi seterusnya.
7. Abis semua adunan, blh la masukkan ke dlm peti.

Cara buat kuah :

1. Larutkan semua bahan hingga mendidih
2. Bancuh kastad dgn air, n masukkan ke dalam kuah.
3. Pastikan sentiasa kacau agar kuah tak berketul.
4. Kuah akn jd pekat, dah siap blh ttp kn api n ketepikan.
5. Bila dh suam, masukkn ke dlm peti.
Dah siap, t dh blh mkn.. Mkn time sjuk sjuk yg best nye kn..? Huhuu
Slmt mencuba..

Thursday, 17 September 2015

menang segmen n GA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. fisrt time msuk segmen n GA ,fizah menang. ehhe
teruja ckit, yela blogger baru kan.. rezeki la nim.ehhe 

1. GA dr  Giveaway 1.0 by Ena :
termasuk " Pemenang review blog secara percuma oleh aeinnamusa.com "

2. Tersenarai dalam 10 pemenang "Segmen Bloglist Sept-Dec 2015" by Sh.Amarina

tq semua yg support Fizah. Alhamdulillah.. :)

SEGMEN : BLOGLIST OKTOBER 2015

Assalamualaikum..


jom join segmen ni.. klik kt banner di atas yer.. tq.. :)

Face Mask Giveaway

Assalamuaalikum..


jom join GA ni..
blh klik kat banner di atas yer.. :)
ada HADIAH menanti tau.. jom2

Tuesday, 15 September 2015

Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #1



Assalamuaalikum..

jom join..blh klik banner di atas yer.. :)

CHEESEY WEDGES...

ASSALAMUALAIKUM...

Siapa peminat Chessy wedges,boleh cuba resepi ni di rumah...best..
boleh dibuat dengan banyak mengikut kehendak kita... baru puas hati ...modal untuk menyediakannya pun tidak banyak.

Bahan-bahan

1. 3 -4 sudu makan butter
2. 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
3. 1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam
4. 6 keping chesse
5. sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
6. pewarna kuning

cara-cara penyedian :
1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna
kacau sebati dan siap !


share dari blog paridahishak

Resepi Apam Teddy (Polkadot)



Bahan yg diperlukan:
Dr kiri ke kanan, lidi sate, cwn kertas, baking paper, adunan apam yg bewarna coklat gelap, krim (warna asal) dan coklat muda.



1.Ambik adunan coklat muda, potong hujung plastik dan paipkan adunan bentuk bulat ats kertas. Buat kecik2 je. Agk2 padan dgn muka bear yg nk dibuat nanti. (Bentuk lonjong sikit2 pun boleh)
2. Kemudian titikkan warna krim plk di tgh bulatan coklat muda.
3-4. Buat sampai habis, dan kukus 3 min. Ketepikan.
(Telinga ini akn digunakan dlm langkah akhir, rujuk gambar no 15)



5 hingga 8
Isikan adunan coklat muda ke dlm cup. Bubuh inti/ filling dan isi lg sampai nk penuh cup. Lepas tu picitkan warna krim kat bhgn bawah cup. Bg yg x reti nk buat bentuk bulat cantik2, korang boleh benamkan sikit hujung piping bag tu dlm adunan coklat (rujuk gambar) lps tu picit perlahan2.. nanti akn terhasil bulatan yg cantik. 



9. Untuk hidung, picitkan sikit warna coklat gelap kat bhgn ats bulatan krim tu.
10. Kemudian buat mata plk.
11. Lps tu titikkan sikit warna krim dlm mata tu supaya mata bear nmpak mcm bersinar2.
12.Kemaskan hidung bear. Guna lidi sate utk buat garisan halus. Letak lidi sate kat tengah2 hidung tu n tarik ke bawah mcm tulis no 1.


13. Kita cuba buat mulut plk. Titik sikit warna coklat kat bhgn bawah, agk2 yg sesuai kedudukan mulut.
14. Guna lidi sate utk buat garisan halus dari hidung ke mulut. Lps tu buat garisan ke kiri dan kanan mulut (sikit je, agk2 ada bentuk mulut).
15. Ambik telinga yg kita kukus tadi n letak di bhgn ats kepala bear. Sengetkan sikit. Jgn tekan, letak je.. n dah boleh kukus. (15 min)
16. Taraaa.. siap dah..(mmm nmpaknya mulut bear tu x brp comey)



share dari blog azneyshamsuddin

Giveaway: BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties

Assalamualaikum..


jom join GA ni..blh klik kt banner yer.. :)
tq.. 

Jerebu & Kesihatan

Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
  • Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • Ozon
  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan
Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
Nilai IPU:
Nilai IPUStatus Kualiti UdaraDiskripsi
0 hingga 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak sihat
Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
201 – 300
Sangat tidak sihat
Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300
Bahaya
Orang ramai terjejas
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit
Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
  • Kanak–kanak
  • Warga emas
  • Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
  • Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
  • Perokok
Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
  • Dapatkan nasihat perubatan.
  • Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
  • Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
  • Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
  • Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
Siapakah yang perlu saya rujuk?
Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di:
Unit Kesihatan Persekitaran
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan
Malaysia

Semakan Akhir:26 April 2012
Penulis:Dr. Norlen Mohamed
Penyemak:Dr. Marzida Abd Latib

info dr : myhealth

Monday, 14 September 2015

DOA KETIKA JEREBU!

DOA SELAMAT DARIPADA SEGALA JENIS PENYAKIT KHASNYA BENCANA JEREBU YANG MELANDA NEGARA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya kami adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. 

Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. 

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

Dengan nama Allah dan segala puji hanya bagi Allah, muhammad pesuruh Allah, (kami) tiada daya upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah.

Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas agama kami dan diri kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ahli-ahli dan harta benda kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas setiap sesuatu yang Allah berikan kepada kami. Dengan nama Allah sebaik-baik nama, dengan nama Allah Tuhan (bagi sekalian makhluk) di bumi dan di langit, dengan nama Allah yang tidak memberi bahaya sebarang penyakit bersama namanya.

Dengan nama Allah kami memulakan (segala sesuatu) dan dengan (nama) Allah kami mengakhiri (segala sesuatu) dan pada Allah kami berserah. Kami memelihara diri kami dengan (Allah) Yang Mempunyai kekuatan dan kusasaan. Dan kami berpegang dengan Tuhan Yang Memiliki kekuasaan, dan kami berserah pada (Allah) Yang Sentiasa Hidup, Yang Tidak Mati.

Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami, pemerintah kami, dan negara kami serta seluruh orang-orang Islam di pelusuk tempat daripada segala jenis penyakit khasnya Bencana Jerebu ini, dan lindungilah kami daripada kebinasaan dan selamatkanlah kami daripada terbunuh dan daripada penyakit ta'un dan daripada bencana dengan belas kasihan-Mu wahai Yang Maha Meliputi segala yang tersembunyi, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Ya Allah, cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.


Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM