Sunday, 7 February 2016

Jalan Pintas Pikat Hati Mentua. Inilah Masanya...


Assalamualaikum.. ^_^

Jalan Pintas Pikat Hati Mentua. Inilah Masanya...






Payah sungguh nak 'sebulu' dengan mentua. Pantang silap sedikit pasti jadi isu. Mujur tak tinggal sebumbung.


Yang peliknya, dengan menantu lain tidak pula begitu. Kalau boleh hari-hari hendak dipuji walaupun bukanlah hebat mana. Jenuh kepala mencari, apalah agaknya ubat yang diberi hinggakan layanan yang diterima lebih daripada anak sendiri. Sebenarnya, situasi begini biasa berlaku di kalangan menantu bukan pilihan.


Perkahwinan di fasa pertama dan kedua boleh dikatakan masih di peringkat pembelajaran dan latihan. Serba-serbi perlu diperbaiki.


Perlukan pemerhatian yang tajam berkenaan pasangan dan kedua orang tuanya. Sebagai contoh, lihat apa yang mentua suka.


Kalau ibu mentua suka kumpul beg tangan maka sekali sekala hadiahkanlah dia. Jangan terlalu berkira. Ingat kembali misi kita adalah untuk tawan hatinya. Inilah yang dikatakan rasuah yang dibenarkan. Mungkin sekali dua, teknik belum menampakkan kesan tetapi jangan terus berputus asa. Cuba lagi dan lagi.


Boleh jadi mentua anda bukan materialistik. Baiklah, kita ambil contoh gaya hidup di kampung. Sesetengah daripada mereka masih terikat dengan resam budaya Melayu. Maksudnya, anak perempuan harus betah buat kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, menjahit dan sebagainya. Ditakdirkan jika anda menjadi menantu mereka maka semestinyalah anda perlu mahir dalam kerja-kerja tersebut.


Kalau mahu selamat, jadikan mentua sebagai guru. Walaupun di peringkat awal, telinga sedikit panas dengan bebelan tetapi itu tidak menjadi hal. Rasuah mentua dengan makanan yang digemari.


Lebih menarik lagi kalau makanan itu datangnya dari air tangan anda sendiri. Jangan risau, walau tak setaraf chef ternama tetapi percayalah, mentua pasti menghargai kerana itu adalah usaha anda untuk menambat hatinya. Insya-Allah, lama-kelamaan hatinya akan cair dengan ‘rasuah-rasuah’ itu.


Memang 'petik jarilah' kalau hubungan dua hala ini kembali baik maka tak mustahil semangat lebih kuat untuk mencari bahagia.


Buang rasa putus asa atau apa sahaja perasaan negatif terhadap mentua kerana mereka adalah ibu bapa pasangan kita. Beri ‘rasuah’ yang dibenarkan supaya mereka terkesan dengan pengorbanan dan usaha yang dilakukan. Rumah tangga yang bahagia datangnya dari sikap positif ahli-ahlinya.


Ingat, apa sahaja yang dilakukan mesti betul niat dan tujuan. Barulah di kategori sebagai menantu pilihan.

2 comments:

  1. wahh nice sharing Fizah , bley adapt in future . Terima kasih untuk perkongsian nie ^_^

    ReplyDelete
  2. JADI ANAK MENANTU YG DISAYANGI MERTUA SENANG HIDUP...

    ReplyDelete