Monday, 1 February 2016

7 Perkara Paling Luar Biasa Wanita Bergelar Isteri

Assalamualaikum..


 7 Perkara Paling Luar Biasa Wanita Bergelar Isteri
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Lihat isteri anda. Apa yang dia biasa dilakukan apabila pulang dari pejabat? Pukul berapakah dia akan masuk ke bilik tidur? Agak-agaknya, berapa banyak kerja yang dilakukan dalam tempoh sehari?


Sebagai suami, adakah anda mampu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini? Isteri tidak pernah mengeluh atau minta MC untuk ‘lari’ daripada tugas hariannya. Kalau boleh, semua perkara hendak dilakukan supaya keluarga sentiasa bahagia dan selesa.


Menyentuh tentang kekuatan, biasanya lelakilah yang akan diangkat tetapi bila dikaji dengan terperinci, isteri lebih ‘cemerlang’ kekuatannya berbanding suami. Haaa... kita tengok beberapa bukti ini dulu ya!



1. Tahu semua kedudukan barang
 Ingat lagi dialog Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Madu Tiga? “Butang baju Melayu aku, mana Pah?” Nah, sekali cari sahaja sudah jumpa sedangkan tadi si suami mencari bagai nak gila.


2. Tahan sakit bersalin
Tak kiralah anak pertama, kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun isteri tetap kuat hadapinya. Mereka tidak merungut atau bertindak di luar kawalan sebaliknya tenang-tenang sahaja demi melahirkan zuriat yang menjadi bukti cinta.


3. Multi tasking
Ingat kembali bagaimana isteri anda mampu melipat baju sambil mengajar anak mengaji dan pada masa yang sama, dia sempat ke dapur untuk menyediakan minuman buat anda.


4. Deria keenam
Isteri mempunyai naluri yang biasanya betul. Jadi, berhati-hatilah para suami sekiranya anda mempunyai agenda tersembunyi.


5. Tahan sakit
Isteri mampu menjaga suami atau anak-anak yang sakit meskipun ketika itu dia juga mengalami kesakitan. Wajahnya tetap selamba meneruskan aktiviti harian.


6. Ada kuasa psikik
Hebatnya isteri sampaikan dia boleh tahu makanan apa yang terlintas di fikiran anda. Jadi, usah terkejut sekiranya dia mampu membaca fikiran anda sekeluarga.


7. Kuat daya ingatan
Isteri selalu ingat banyak perkara malah ada di antaranya sudah lama dilupakan. Mereka boleh ingat detik pertama berjumpa, baju apa yang dipakai ketika pertama kali bertandang ke rumah dan macam-macam lagi.

2 comments:

  1. Replies
    1. heheh.tau xpew..skrg nmpk mak jew tau..tp t bila kita plak duk tmpat mak kita, kite pon cmtu jgk.. ^_^

      Delete