Wednesday, 13 January 2016

Ternyata Orang Suka Mewarna Lebih Bahagia & Kreatif. Ini Buktinya!

Assalamualaikum..


Ternyata Orang Suka Mewarna Lebih Bahagia & Kreatif. Ini Buktinya!


Mungkin ramai yang anggap kegiatan mewarna adalah lebih sesuai untuk dilakukan seorang anak kecil. Tapi jangan pandang remeh sebab kegiatan seni yang menjadi kegiatan wajib anak-anak kini popular dengan versi gambar untuk orang dewasa yang lebih rumit.


Ok, jom lihat kelebihan lain pula..



1. Lebih kreatif
Anda akan berhadapan dengan banyak warna untuk dipilih. Haaa... walaupun sewaktu mewarna anda rasa tak dinilai tapi pasti timbul satu perasaan excited untuk anda hasilkan gambar yang diwarna kelihatan lebih unik dan cantik. Ya, ini secara tak langsung membuat anda jadi lebih kreatif untuk menghasilkan karya seni yang bagus dengan warna menarik.



2. Hilangkan tekanan
Tahukah anda dengan mewarna boleh hapuskan stres dengan cara yang mudah apalagi sambil mendengarkan muzik. Mewarna tak perlukan berfikir, tapi cukup anda menikmatinya. Anda juga akan rasa boleh lepas dari segala beban, kritikan atau pandangan setiap orang. Sebab anda tak akan peduli hasil mewarna jadi cantik atau tidak. Kata seni, haruslah segala bagai karya yang kita hasilkan akan bernilai dan berharga!



3. Tenangkan fikiran dengan cara jimat
Kalau nak join kelas meditasi, anda memerlukan duit, tapi dengan mewarna langsung tak perlukan keluar duit. Ada pensil warna dan gambar, in shaa Allah lebih daripada cukup! Lagi seronok, manfaatnya sama besar seperti anda melakukan meditasi. Mewarna juga boleh tenangkan fikiran dan membuat emosi lebih stabil. Dalam tak sedar, anda jadi lebih sabar.



4. Latih kemahiran motor
Mungkin kena banyak menggunakan tangan dan inilah yang membantu anda melatih gerakan tangan atau kemahiran motor, baik halus mahupun kasar. Jangan lupa warnakan bahagian gambar yang kecil untuk melatih otot tangan.



5. Meningkatkan tumpuan
Siapa sangka dunia mewarna juga perlukan tumpuan yang jelas. Anda boleh melatih tahap peka ketika mewarna sehingga selesai. Cara inilah yang mampu meningkatkan produktivi di dalam bidang lain dan membantu anda lebih fokus terhadap apa yang anda buat.



6. Hilangkan perasaan negatif
Warna-warna yang cerah sangat mempengaruhi mood. Dan ketika anda melihat kombinasi warna yang ceria, secara tak langsung anda akan nampak sudut yang positif dan otak rasa lebih 'fresh'. Anda juga lebih peka mengekspresikan diri dan menghapuskan fikiran negatif, secara automatik anda akan jadi sangat bahagia.



Ternyata dunia mewarna boleh menggandakan kegembiraan dan mampu meningkatkan kesihatan yang lebih baik, bukan? Bahkan mewarna boleh meningkatkan motivasi untuk anda selalu menyelesaikan pelbagai perkara setiap hari. Cubalah!  ^_^

2 comments:

  1. ain paling suka warna striking lepastu ade blink blink.hehhee. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhee.cantikkan?kite tgk pon smgt jew.. ^_^

      Delete