Friday, 15 January 2016

Semak Balik Kalau Duit Selalu Tak Cukup. Boleh Jadi Ini Faktornya

Assalamualaikum..


 Semak Balik Kalau Duit Selalu Tak Cukup. Boleh Jadi Ini Faktornya

Ada ketikanya masalah tak cukup wang selalu mengganggu fikiran. Paling teruk kalau tiap-tiap bulan tak cukup wang. Malah ada yang sampai berhutang semata untuk cukupkan keperluan. Silap-silap kalau tak pandai menguruskan kewangan, anda akan terbelit dengan masalah hutang keliling pinggang.


Sebenarnya banyak aspek lain yang perlu diambil kira. Kata orang, kalau rezeki berkat dapat sedikit pun cukup. Kalau tak berkat, duit banyak masih tak lekat.


Ok elok tarik nafas dalam-dalam dan bermuhasabah diri. Bagi baiki apa yang silap, anda boleh semak sini beberapa penyebab yang boleh berkait dengan masalah duit makin kering...



1. Berkira dengan orang tua
Tengok cara hidup diri sendiri. Adakah kita sudah cukup berbakti kepada orang tua? Andainya berasa kurang berbakti itulah antara penyebabnya Allah sempitkan rezeki kita dan berasa sentiasa tak cukup wang. Tak kira orang tua kita berada dekat mahupun jauh, itu bukan persoalannya. Jangan risau untuk menghulurkan duit pada mereka kerana Allah pasti akan gantikan kita dengan rezeki yang kita tak sangka-sangka.


2. Buta ekonomi
Sikap boros berbelanja apabila dapat sahaja wang gaji. Tiba di pertengahan bulan wang simpanan terpaksa digunakan untuk menampung perbelanjaan dan rutin hingga hujung bulan. Andai hal ini berterusan pada setiap bulan, itu bermakna anda punya masalah dalam menguruskan ekonomi rumah tangga sendiri. Belajarlah menggunakan wang secara berhemah.


3. Acuh tak acuh pada kewangan
Ada yang dah sedar duit tu tak berapa nak cukup. Tapi anda tetap tak mencari jalan penyelesaian untuk keluar daripada masalah kewangan. Hingga masalah jadi  berpanjangan membuatkan anda sentiasa berada dalam masalah kewangan yang tiada berkesudahan. Tolong ubah sebelum masalah jadi lebih besar.  


4. Sikap suka pilih kerja
Walaupun berada dalam keadaan tiada kerja tetapi masih ego memilih kerja. Sikap begini perlu diubah untuk keluarkan diri dari belenggu kewangan. Ini masalah diri sendiri dan sikap yang tidak mahu berubah. Runtuhkan ego demi kesejahteraan hidup.


5. Banyak merungut
Hanya tahu merungut itu dan ini tetapi malas berusaha. Tambah lagi jika anda adalah ketua keluarga, pastinya masalah kewangan adalah masalah utama. Buang sikap suka mengeluh sebaliknya berusaha keras mencari wang. Memang wang bukan segala-galanya, tetapi dunia hari ini segala-galanya perlukan wang. Fikir-fikirkan.

0 Comments:

Post a comment