Thursday, 7 January 2016

Panduan 'Lebatkan' Air Susu Ibu. Demi Si Comel Anda!

Assalamualaikum...


 Panduan 'Lebatkan' Air Susu Ibu. Demi Si Comel Anda!


Menjadi ibu pada usia muda memang satu momen luar biasa dan boleh digelar wanita hebat! Maklum saja, bukan mudah untuk ibu uruskan anak-anak tambah pula zaman ibu bekerja. Dan menyusukan bayi pula merupakan satu pengalaman detik terindah yang akan menjadi kenangan manis dalam diri seseorang ibu.



Ada panduan yang boleh diamalkan untuk memastikan anda berjaya menyusukan bayi sehingga mereka berusia dua tahun. Amalkanlah panduan ini supaya si kecil berpeluang menikmati susu ibu yang sudah semestinya susu terbaik untuknya.



1. Kekerapan
Susukan si kecil setiap tiga jam pada waktu siang. Jika si kecil tidur lebih daripada tiga jam, kejutlah dia supaya bangun dan menyusu. Pada waktu malam pula, bayi perlu menyusu setiap empat atau lima jam. Anda perlu percaya kepada konsep bekalan dan permintaan.



2. Petunjuk
Apabila bayi disusukan, payu dara akan berusaha menghasilkan lebih banyak susu. Jangan jadikan payu dara penuh sebagai petunjuk untuk menyusukan bayi. Susukan bayi anda ikut kekerapan penyusuan yang betul.



3. Minum
Anda perlu minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan ataupun pemerahan susu. Minum dua hingga tiga liter sehari.



4. Belaian
Belai si kecil sewaktu sesi penyusuan untuk merangsang pengeluaran lebih banyak susu. Membayangkan si kecil sedang menyusu pada payu dara anda pun boleh merangsang pengeluaran susu.



5. Disiplin
Jangan ponteng sesi pemerahan susu. Pam susu ikut masa yang telah ditetapkan.



6. Tempoh
Biarkan si manja menyusu sehingga dia berasa puas dan kenyang. Jangan pindahkan dia dari satu payu dara ke payu dara lain jika dia belum kenyang. Menyusu lebih lama membuatkan si manja mendapat khasiat yang lebih banyak.



7. Waktu Malam
Penyusuan waktu malam sangat bermanfaat untuk merangsang peningkatan susu. Ia merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.



8. Urut
Teknik urut yang betul membantu susu mengalir dengan lebih lancar. Urut juga boleh mengelakkan bengkak susu atau sakit puting. Selain urut, tuam payu dara menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

No comments:

Post a Comment