Monday, 25 January 2016

kerajaan Terengganu ‘sponsor’ majlis kahwin

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..
Mana mana pasangan yang nak kahwin boleh try mohon..
syarat yang penting salah sorang pengantin mestilah anak negeri Terengganu.. ^_^




Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) memperuntukkan RM2 juta bagi membolehkan 240 pasangan di negeri ini mengadakan majlis perkahwinan secara percuma.
Hari ini viral isu Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang mahu menaja 240 pasangan untuk menyertai Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB (PPPGTTB) yang akan diadakan di setiap Daerah masing-masing seluruh Terengganu.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk menjayakan program majlis perkahwinan secara percuma ini yang terkandung dalam Bajet Terengganu 2016 #Bajet2016 yang dibentangkan YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bulan November lalu.
Kebanyakkan orang ramai amat teruja dan bersetuju dengan langkah kerajaan yang cakna membantu rakyat di kala keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Ia sedikit sebanyak akan membantu pasangan yang ingin berkahwin terutamanya orang muda dan golongan kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.
kahwin free ypkt 2
Respon positif rakyat Terengganu mengenai Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB di setiap Daerah.
kahwin free ypkt
YPKT menetapkan beberapa syarat kepada mana-mana pasangan yang berminat untuk menyertai program tersebut seperti pasangan berpendapatan tidak melebihi RM3000 sebulan, permohonan perlu dibuat melalui YPKT berdekatan mulai 1 Februari hingga 15 April, pasangan atau salah seorang daripadanya mestilah rakyat Terengganu, berumur antara 18 hingga 30 tahun dan tidak pernah berkahwin.
Mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM1000 sebagai syarat penyertaan dan wang itu akan dikembalikan dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebaik sahaja majlis itu selesai.
Keistimewaan Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB (PPPGTTB) adalah setiap pasangan diberi keutamaan mendapatkan perumahan kerajaan dalam tempoh lima tahun usia perkahwinanan dan layak memohon Skim Pinjaman Modal Perniagaa di bawah Pinjaman Jaya Diri maksima RM20,000.
Antara faedah lain kepada pasangan yang menyertai PPPGTTB ini adalah pakej berbulan madu selama tiga hari dua malam di mana-mana hotel yang akan ditentukan kemudian dan pelbagai pakej perkahwinan tambahan lain.
Maklumat penuh dan cara memohon program ini akan Admin maklumkan kemudian dalam portal TerengganuTimes.com dan Facebook page Terengganu Times selepas mendapat keseluruhan maklumat daripada YPKT.

No comments:

Post a Comment