Monday, 11 January 2016

1001 Cara Pukau Si Dia Dalam Diam

Assalamualaikum..


selamat pagi sahabat-sahabat fizah yang positif.. ^_^

meh kita share cara pukau pasangan kita dalam dia.. menarik kann??


Image result for pasangan suami istri


Awal perkahwinan memang semuanya manis. Semua sanggup lakukan, janji pasangan gembira. Tapi macam mana nak 'ikat' perasaan sayang dalam rumah tangga hingga ke akhir hayat?

Tak kiralah perkahwinan di fasa pertama, kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun soal CINTA mesti kena wujud. Barulah bahagia akan datang. Cuba pukau pasangan dengan beberapa cara ini...

1. Sediakan pakaian yang hendak dipakai oleh suami di atas katil.
2. Belikan isteri makanan kegemarannya apabila suami berada di luar rumah.
3. Sekali-sekala, buat kejutan dengan sediakan menu kegemaran pasangan.
4. Amalkan solat berjemaah .
5. Seminggu sekali, selitkan nota cinta di tempat yang mudah dilihat pasangan.




Praktik 5 perkara romantik mudah

1. Hadiri kelas mengaji bersama dan teruskan bertadarus di rumah.
2. Mulakan berpegang tangan sewaktu menaiki tangga bergerak dan biar ia bertaut apabila kalian berjalan bersama.
3. Kongsi satu jenis minuman yang sama.
4. Seminggu sekali, cuba luangkan masa untuk keluar bersarapan bersama.
5. Lakukan aktiviti riadah bersama seperti berjalan perlahan, berbasikal dan sebagainya.



Doa Kebahagiaan Rumah tangga

“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”

Amin.. 

4 comments:

  1. Replies
    1. meh sama sama kita praktikkan.. ^_^

      Delete
  2. assalam...semoga kebahgiaan bersuami isteri kekal selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. In Sha Allah.. mdh mdhnya berkekalan.. amin..

      Delete