Sunday, 27 December 2015

Suami Kalau Dah Merajuk, Macam Inilah Jadinya...

 Suami Kalau Dah Merajuk, Macam Inilah Jadinya...

Jangan tak tahu lelaki juga pandai merajuk walaupun merajuk itu sangat sinonim dengan wanita. Haaa... lelaki merajuk lagi teruk berbanding wanita. Silap-silap, berjam dan berhari memujuk masih tidak jalan. 
 
 
Tak perlu nak sentap wahai wanita, itu tandanya si dia mahukan perhatian. Jadi luangkan sedikit masa untuk si dia pasti keadaan akan kembali pulih. Macam rujuk sini...
 
 
1. Dia buat tak kisah semua benda
Ini tanda protes yang sangat mencabar hati anda. Si dia akan buat acuh tidak acuh sahaja walaupun anda sedang memanggil dan bercakap dengannya. Dia buat seolah-olah anda tiada di hadapan mata. Jangan cepat marah, teruslah memujuk kerana sekeras mana pun hati, kena cara akhirnya cair juga. 
 
 
2. Diam tetiba
Pastinya jika berada dalam kereta anda akan cepat perasaan keadaan ini. Selalunya mulut dia bising bercerita itu ini, hari itu dia diam sahaja. Pasti ada yang tidak kena. Sahlah dia sedang merajuk. Cepat-cepatlah alihkan perhatian untuknya. 
 
 
3. Muka masam dan serius
Selalunya dialah kaki menyakat. Tetapi berlainan pula kali ini. Muka masam dan serius. Bercakap pun perkara yang penting sahaja. Tidak lain tidak bukan si dia sedang merajuk. Apabila dilayan perangai itu boleh menjadi tajuk bergaduh dan pasti akan ganggu program yang dirancang dari awal. Jadi beralah sahajalah. Mungkin anda ada tersalah cakap hingga menggores hati lelakinya. 
 
 
4. Keluar rumah tanpa beritahu
Jika dia bertindak keluar rumah melulu tanpa memberitahu anda seperti kebiasaannya, pekalah si dia sedang merajuk. Dia bertindak sedemikian kerana ingin menunjukkan protes kepada anda. 
 
 
5. Tutup telefon bimbit
Tutup telefon bimbit merupakan tabiat lelaki apabila tidak mahu diganggu ataupun hatinya sedang marah. Justeru bagi mengelakkan anda mengganggu, jalan mudah adalah menutup telefon bimbitnya. Jangan panik, itu hanya seketika. Apabila sudah reda kemarahannya dia akan hidupkan kembali. 
 
 
6. Makan sendiri
Selalunya si dia suka makan berteman, tetapi ada pula waktu dia makan tanpa mengajak anda. Pekalah bahawa dia sedang merajuk. Jika anda tidak mahu memujuk, jangan pula memarahinya. Dia sedang mahu menguji kemarahan anda. Diamkan diri, lama kelamaan dia akan baik sendiri. 
 
 
7. Membaca tanpa hiraukan anda
Membaca surat khabar antara tabiat orang lelaki. Tak sah baginya kalau tidak membaca akhbar dalam sehari. Tapi kalau dia membaca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, itu tanda jiwanya tidak tenteram. Atau ada perkara tertentu mengganggu dirinya pada waktu itu. Terutama sekali, jika dia masih lagi membaca walaupun hari sudah lewat malam tanpa mempedulikan diri anda.
 
 
8. Menonton hingga lewat malam
Satu lagi petunjuk yang menandakan si dia sedang merajuk ialah si dia akan menonton televisyen sehingga larut malam. Walaupun rancangan tersebut bukan siri kesukaannya. Pandangannya mungkin terarah ke kaca televisyen tapi hati dan fikirannya menerawang ke tempat lain. Anda perlu peka jika dia bersikap sedemikian rupa. 

No comments:

Post a Comment