Friday, 25 December 2015

5 Tips Berjimat

Assalamualaikum....


Hari ni saya nak bagi 5 tips nak berjimat untuk kaki-kaki shopping ni. Belanja sakan ni biasanya akan dikaitkan dengan wanita/perempuan la kan. Tak pelik langsung kalau kita dengar perempuan pergi shopping complex, dan balik dengan sekurang-kurangnya satu barang dan selalunya barang tu lebih kepada kemahuan dan bukan la keperluan sebenarnya.




Bila dah shopping sakan, mulalah duit simpanan terguna, dah guna duit simpanan kad kredit pon mula la swap sesuka hati kan dan kadang sanggup berjimat tak makan hanya nak puaskan nafsu membeli. Tabiat gila shopping ni kadang boleh mengundang pada pembaziran kalau kita tak pandai nak kawal jadi apa kata kita guna cara psikologi untuk melawan nafsu beli belah. Jom saya kongsikan tips supaya kita boleh bantu menyekat nafsu berbelanja yang kadang tak terkawal tu..


#1 Pakai Kasut Tinggi Ketika Shopping
Ini Kajian dari Bringham Young University mendapati bahawa jika perempuan keluar shopping dengan memakai kasut tumit tinggi, mereka lebih cenderung membeli barangan yang jauh lebih jimat dan murah. kenapa? ni sebab fikiran mereka masa shopping tu dah terganggu.. (mungkin sebab tak selesa)


#2 Fikir Sekejap
Cuba kita ambil masa sikit untuk kita fikir sama ada kita perlu beli atau tak sebelum kita bayar barang tu. fikir balik sama ada barang tu adalah kehendak kita semata-mata atau keperluan kita. Boleh je beli kalau kita dah memang pasti yang ianya adalah satu keperluan untuk kita dan kita memang mampu untuk membelinya. 
Tapi kita kena ingat, baik kita ukur baju dibadan sendiri. (jangan nak ukur baju kat badan orang lain pula sebab tak sama size)


#3 Hadkan Bilangan Persinggahan Ke Kedai-Kedai
Secara psikologinya, lebih banyak kita singgah kat butik atau kedai-kedai, lagi banyak la kita kan membeli. Mungkin kita fikir yang kita boleh membuat perbandingan harga, tapi sebenarnya lebih banyak kita berjalan dan usaha sampai ke sesuatu butik atau kedai tersebut, lagi kita akan rasa kita berhak beri ganjaran keatas usaha kita untuk sampai kesitu. (dah penat-penat pusing takkan la taknak beli pulak kan..konon nak reward diri sendiri la)


#4 Abaikan Jurujual
Lagi banyak kita berinteraksi dengan penjual atau promoter, lebih tinggi risiko untuk kita menghabiskan duit kat situ. kenapa? bukan la saja-saja kita nak sombong ke apa tapi bila dah terlalu banyak berinteraksi mesti la kita taknak hampakan atau kecewakan jurujual tu kan sebab dah terangkan macam-macam kat kita. Sebaiknya, kalau kita dah betul-betul yakin yang kita memang nak membeli atas dasar keperluan tu boleh la dapatkan bantuan dari jurujual atau promoter tu.. (tapi jangan pula kita buat muka cari gaduh pula sebab kononnya sebab taknak berinteraksi dengan diorang)


#5 Tinggalkan Kad Kredit Dirumah
Kaedah ni bukan je dapat mengurangkan hutang, tapi boleh menyelamatkan kita dari terus membeli barang-barang yang kita tak perlukan. Perempuan ni kadang mudah sangat berbelanja kalau ada kad kredit sebab jumlah duit yang dibelanjakan tu memang tak nampak secara zahir.


Itulah dia 5 tips berjimat dari saya.. Memang pada kita nampak benda tu simple sangat tapi percayalah yang psikologi kita mampu bantu kita kawal cara berbelanja kita kalau kita tahu macam mana nak kawal.. Jadi selamat mencuba!


tips dari sini

2 comments: