Sunday, 6 December 2015

10 Perkara 'Jauhkan' Kita Dari Rezeki





Soal rezeki bukan kena ambil tahu cara untuk menjemput sahaja, tapi bab nak kena elak pun cukup penting. Tambah pula jika sudah berumah tangga, haruslah mahu 'kembangkan' rezeki yang ada untuk berkongsi dengan orang-orang yang kita sayang. Cuba anda semak balik apa yang perlu ditolak ketepi untuk pungut rezeki yang berkat...
 
 
1. Jangan lupa hulur pada mak ayah atau adik beradik yang susah, mungkin tak banyak tapi itu sangat bernilai bagi mereka sebagai tanda ingatan. 
 
2. Jangan terlalu ghairah ingin nak kejar status insan yang berjaya sampai lupakan bab hukum agama.

3. Jangan berhenti mencari ilmu. Perkataan ilmu disebut beratus kali dalam Al Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki.
 
4. Jangan bersikap tamak kerana ada bahagian rezeki kita yang punya, tetapi ada bahagian rezeki orang lain punya. Semuanya Allah sudah ditentukan, pasti ada sebab dan musabab.
 
5. Jangan membazir. Maksud di sini bukan sahaja bazir wang. Tetapi jangan membazir masa juga
 
6. Jangan lupa bersyukur dengan pemberianNya walau sekecil mana.
 
7. Jangan suka cari silap orang lain, kalau itu yang kita cari, memang kesalahan yang kita akan jumpa. Cari salah silap diri dahulu untuk diperbaiki.
 
8. Jangan mudah bergaduh sesama suami isteri. Nanti senang sangat pintu rezeki tertutup.
 
9. Jangan lupa jaga solat lima waktu dan beri ruang untuk diri buat solat Dhuha setiap hari.
 
10. Jangan kejar harta kebendaan tetapi kejar rezeki yang berkat. Harta kebendaan mungkin memuaskan diri, tetapi rezeki yang berkat akan puaskan rohani.
 
 
 
Kita nampak beberapa perkara ini mudah nak amal tapi percayalah, ada yang langsung tak pernah buat. Masih belum terlambat, anda boleh mulakan hari ini dengan niat yang baik untuk kehidupan yang lebih sempurna. In shaa Allah... 

Semoga kita terhindar daripada perkara yang menjauhkan kita dari rezeki Allah.. Nauzubillah..


semoga bermanfaat..

2 comments: