Wednesday, 11 November 2015

Vitamin Shaklee Atasi Risiko Fibroids ketika Hamil





Kitaran haid kebanyakan wanita adalah 28 hingga 30 hari. Dalam proses kitaran ini, telur dari kilang telur wanita dirangsang oleh hormon untuk matang dan mengeluarkan telur untuk bersenyawa.

Jika pensenyawaan tidak berlaku, darah haid akan keluar pada penghujung kitaran berkenaan selama lima hingga tujuh hari. Setiap wanita mempunyai rasa sakit yang berbeza dengan wanita lain.

Jika kesakitan itu berlaku terlalu kerap, antara penyebab sakit ketika haid atau dysmenorrhea ialah fibroids. Fibroids ialah bengkak luar biasa pada tisu lembut di rahim wanita. Ia bukan barah rahim atau barah pangkal rahim dan bukan penyebab kanser rahim untuk jangka masa panjang.

Kira-kira 20 hingga 80 peratus wanita sehingga umur 50 tahun mempunyai fibroids. Akan tetapi, kebanyakan wanita yang mempunyai fibroids tidak mempunyai simptom.

Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh saiz bengkak tisu fibroids itu adalah kecil. Faktor yang mendorong seseorang wanita itu mendapat fibroids ialah kegemukan dan keturunan.

Simptom bagi fibroids bergantung pada saiz dan lokasi. Seseorang wanita itu mungkin mengalami sakit amat sangat ketika datang bulan atau pendarahan berlaku lebih banyak daripada biasa ketika haid.

Ada kala mereka mengalami sakit belakang, sukar membuang air besar, kerap membuang air kecil dan perut terasa kembung. Bukan semua wanita mempunyai fibroids tidak boleh mengandung atau mandul, hanya tiga peratus daripada mereka mempunyai masalah itu.

Namun, fibroids menyukarkan seseorang wanita untuk hamil disebabkan kedudukan fibroids pada permukaan dalam rahim di mana telur yang telah tersenyawa melekat, seterusnya mengganggu perlekatan itu.

Bagi mereka yang hamil dan dalam masa sama memiliki fibroids, kebanyakannya melalui proses hamil seperti biasa dan tidak mengalami sebarang komplikasi.

Namun risiko komplikasi tetap ada seperti keguguran, pendarahan, kelahiran pramatang dan gangguan kedudukan bayi dalam rahim. Untuk mengesahkan seseorang wanita mempunyai masalah fibroids, ujian ultrasound perlu dijalankan.

Ini kerana pemeriksaan klinikal sahaja terutamanya bagi fibroids bersaiz kecil adalah sukar.
Pilihan laih dengan melakukan ujian MRI atau magnetic resonance imaging. Kedua-dua ujian ini dapat mengesahkan dan juga menentukan saiz serta lokasi fibroids itu.

Daripada ujian pengesahan itu, rawatan akan ditentukan. Rawatan untuk wanita yang mempunyai masalah fibroids ini adalah berbeza antara satu sama lain. Dalam kebanyakan kes, tiada rawatan khas yang diberikan. Hanya ubat penahan sakit juga pemantauan berkala untuk melihat perkembangan saiz fibroids itu.

Kadang-kadang pil hormon diberikan untuk mengecutkan saiz fibroids. Jika saiznya besar dan menyebabkan komplikasi seperti pendarahan, pembedahan perlu dipertimbangan.

Terdapat beberapa pilihan untuk pembedahan dan tidak semua membabitkan pembuangan keseluruhan rahim pesakit. Bagi wanita hamil dan memiliki fibroids, pemeriksaan berkala perlu dilakukan sepanjang tempoh hamil untuk memastikan keadaan dan juga kedudukan janin.

Dalam kebanyakan pesakit, mereka berjaya melahirkan bayi seperti biasa dan tidak perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi.




Fibroid merupakan ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Otot yang membentuk rahim adalah daripada jenis yang dinamai otot licin. Fibroid berasal daripada ketumbuhan yang terjadi pada otot tersebut. Oleh itu, nama lain bagi fibroid ialah leiomioma. Pun begitu, fibroid boleh tumbuh pada organ-organ lain yang mengandungi sel otot licin.

Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40 peratus.

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan juga dalam kalangan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous).

Jenis-Jenis Fibroid
Fibroid 1.Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2.Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.


Fibroid 3.Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

Pembesaran fibroid
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Oleh itu, tidak hairanlah fibroid ditemui dalam kalangan wanita yang hamil. Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil. Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 peratus wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid semasa hamil. Seramai 30 peratus wanita pula menghadapi pembesaran fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.

Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan kebanyakan wanita yang menghidap fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, kaum wanita tidak perlu gusar kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak. Pasti ramai di kalangan wanita hamil akan tertanya-tanya adakah fibroid akan menyebabkan kehamilan mereka menghadapi masalah?

Wanita hamil yang menghidap fibroid memerlukan pengawasan berkala. Perkara ini penting untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik untuk membantu ibu tidak mengalami keguguran dan kesakitan semasa hamil serta menghindari kelahiran bayi pramatang. Ibu juga berpeluang mempunyai cara terbaik bagi kelahiran bayinya dan tidak mengalami perdarahan yang teruk selepas kelahiran bayi.

Apabila wanita hamil dan menghidap fibroid, beberapa masalah mungkin berlaku. Antaranya termasuklah kehamilan itu berisiko untuk mengalami keguguran, meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang, pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi.

Berisiko untuk mengalami keguguran
Hal ini berlaku disebabkan oleh kesan fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Apabila pembesaran berlaku, fibroid ini akan menyebabkan lapisan rahim, iaitu bahagian bagi penempelan janin menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut. Selain itu, fibroid juga akan menyebabkan inflamasi di lapisan penempelan dan mengakibatkan janin tidak dapat menempel dengan baik dan hal ini akan menyebabkan keguguran.

Mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi
Rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Keadaan ini merupakan salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Bagi mengelak perkara ini berlaku, pakar perbidanan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.

Meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang
Janin dalam kandungan membesar akan menyebabkan rahim membesar pada masa yang sama. Keadaan ini lebih kerap berlaku bagi fibroid yang berada di bahagian bawah rahim yang pada masa yang sama boleh menekan kepala bayi yang belum matang. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita tersebut mengalami kontraksi (kesakitan bersalin) lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya.

Kelahiran yang tidak normal
Kelahiran normal terganggu jika fibroid berada pada bahagian bawah rahim. Bentuk rahim juga mungkin akan berubah disebabkan kewujudan fibroid. Hal ini akan meningkatkan risiko kedudukan bayi tidak normal seperti melintang atau songsang.

Rawatan
Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Ubat penahan sakit selalunya diberikan dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, sebarang pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.

Hal ini kerana perdarahan yang banyak mungkin akan berlaku ketika pembedahan miomektomi. Perdarahan yang banyak ini mungkin agak sukar dikawal. Keadaan ini berlaku kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar di bahagian rahim ketika hamil berbanding sewaktu tidak hamil.

Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas ibu melahirkan anaknya, sekiranya fibroid tersebut berbahaya jika tidak dibuang. Lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal
Rawatan dan Pencegahan Semulajadi  Dengan Shaklee 
Dalam satu kajian, dipercayai dengan mengamalkan herba dan supplement dapat mengecutkan cyst dan fibroid ini dan seterusnya menghilangkannya tanpa pembedahan. Saya cadangkan agar mengambil supplement yang boleh mengatur keseimbangan hormon dan kaya antioksida untuk membantu mengecutkan ketumbuhan dan mencegah pembentukan radikal bebas yang menjadi punca utama kepada ketumbuhan dan kanser. 

.

GLA Complex
GLA Complex bertindak menyeimbangkan hormon estrogen dan progestron. Ia mampu membetulkan hormon wanita yang ada. Ada customer saya katanya haidnya teratur tetapi jadi tak teratur selepas pengambilan GLA Complex. Sebenarnya GLA Complex sedang memperbetulkan hormon beliau, saya minta beliau teruskan pengambilan GLA Complex dengan dos tertentu sehingga haid beliau kembali seperti biasa.
Alhamdulillah dalam tempoh sebulan, haid beliau kembali normal, dan kini disahkan hamil 6 minggu. Ini saya tulis lainlah ya. Saya cuma nak sebutkan GLA Complex berhasil membetulkan hormon seseorang.
Vitamin ACE
Vitamin ACE terdiri daripada Carotomax, Vita C SR Plus dan Vita E Complex. Ketiga-tiganya merupakan vitamin anti oksida yang penting untuk membunuh hormon xenoestrogen. Vitamin ACE penting untuk mengelakkan cyst atau fibroid tumbuh kembali. Ada kes dimana, cyst dah kecut tapi ia muncul kembali disebabkan tidak mengamalkan lagi pengambilan vitamin ACE. Ini kerana masalah utamanya iaitu hormon xenoestrogen tidak dihapuskan sepenuhnya oleh vitamin ACE.
Bolehke ambil GLA Complex sahaja?
Boleh cuba, memang ada yang berjaya dengan cara ini, namun GLA Complex dan vitamin ACE mempunyai fungsi berlainan. GLA Complex hanya membetulkan hormon yang tidak seimbang, manakala vitamin ACE pula menghapuskan hormon xenoestrogen.
testimoni gla complex untuk cyst

cara kecutkan fibroid

Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)

"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl

6 comments:

  1. GLA memang membantu kalau nak stabilkan hormon. Dengan tatacarapemakanan yang betul insyaAllah sebagai 1 usaha untuk hamil.kan?

    jom join segmen fifi ..http://surayajafar.blogspot.my/2015/11/giveaway-duit-saku-bawal-aidijuma-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah btul tu sis..
      ok t fzah join..tq tag fzah yer.. :)

      Delete
  2. info yg amat baik dikongsi..tksh.

    ReplyDelete
  3. Penyakit yg ditakuti wanita2..

    Alhmdulillah kini ada suplimen senulajadi yabg membantu mslh ini.
    .tq for sharing dear fifi

    ReplyDelete