Monday, 9 November 2015

Resepi Mee Goreng Basah Mudah

Mee goreng basah, makan panas panas mmg umppp yummi.. confirm akan menambah kan??
ni hasil buat semalam.. malam malam masak yang simple simple jew..

tu pun tak habis makan dua org tau..
apa lagi, siap pangil konco-konco a.k.a adik2 fizah datang makan..ehehe

diaorang bab makan memang laju jew.. bru cal tup..tup dah sampai.. semalam sekali dengan maa fizah datang.. rasa masakan anak dia nim haa.. ^_^

Lepas ni boleh da masak banyak2 sendiri..

Hubby la ni nak makan yang goreng goreng, makanan simple.. yang bestnya jd tukang masak je, barang nak masak semua hubby yang tolong siap kann.. hehe


actually, resepi nya pun sama jew dengan kue tiew gorang, yang beza nya ialah jenis mee je. hehe. kalau nak basah lagi boleh tambah kan air n ejas mana yang patut.

Bahan-bahan untuk 1 bungkus mee kuning :

- 1 bungkus Mee Kuning (dicuci n ditoskan)
- 1 ketul isi ayam
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 batang lada jarum * (ditumbuk) (optional kalau suka pedas)
- 1/2 kiub pati ayam 
- 1 1/2 sdb Cili boh
- 1 1/2 sdb sos tiram
- 1 1/2 sdb sos cili
- 1 1/2 sdb sos tomato
- 1 1/2 sdb kicap manis
- Fish ball
- Sawi hijau
- Taugeh
- 1 cwn air

Bahan Hiasan :

- 1 cili besar
- Tomato 
- Daun sup
- Daun Bawang 
- Timun batang

Cara buat :
  1. Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk bertanda hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh, kacau sebati biar kan sekejap.
  3. Masukkan semua sos tiram, sos cili & sos tomato, kacau sebati
  4. Masukkan isi ayam, kacau sekejap, masukkan air dan kicap.. biarkan mendidih & masukkan kiub pati ayam.
  5. Dah mendidih, masukkan terlebih dahulu batang sawi,biarkan sekejap
  6. Seterusnya masukkan mee kuning, taugeh, daun sawi & fishball. Kacau bagi sebati, biarkan seketika.
  7. Dah siap..! boleh la di tabur dengan hirisan cili besar, daun sup, daun bawang, timun batang dn juga tomato.. (ikut kretiviti masing2)

Senang je kan? bahan pun takde la rumit sangat.. bahan yang dah sedia ada di dapur.. ^_^


Kadang buat fizah tak ikut sukatan pun, pakat letak jew ikut rasa.. lepas tu boleh la ejas2 yer..

10 comments:

  1. tetiba rase lapar balik..nampak menarik...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sdp sgt ni..mkn pns pns..mmg xckp sepinggan.hehe

      Delete
  3. Salam singgah sini....sedapnya mee goreng basah tu...

    ReplyDelete
  4. tumpang tengok..sedap dah ni terliur..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh je tgk lme lme pun..hehee.. t ptg leh buat.mkn petang..yummmi.. :)

      Delete