Monday, 9 November 2015

Ibu Hamil, Guna 5 Tip Ini Pilih Baju Anda

Assalamualaikum semua..


Image result for ibu hamil

Ibu hamil tentu sukar nak pilih baju kan?? baju yang macam mana pilihan ibu semua??

Waktu hamil kita haruslah memakai baju yang longgar dan selesa yang tidak buat anda sesak nafas dan nampak ketara perut ke hadapan. Peredaran darah sangat penting untuk ibu hamil, jangan hanya sebab suka jenis bentuk, anda beli tapi akhirnya tak boleh dipakai. Untuk elak kes membazir anda atau suami boleh belikan pakaian yang selesa seperti ini: 

Image result for pakaian ibu hamil muslimah kartun

1. Longgar
Jika di rumah, memakai pakaian yang selesa seperti dress tanpa lengan. Selain memudahkan aktiviti di rumah, dress yang tidak ketat dan nipis juga sangat bagus untuk kurangkan panas. 
2. Jenis kain biar sejuk
Pastikan anda tidak kepanasan ketika pakai baju dan kain tidak jarang. Kain jenis cotton adalah pilihan paling sesuai untuk ibu hamil. Tambah pula ibu hamil cepat rasa panas daripada biasa.
3. Pilih ukuran yang tepat
Ukuran baju biar sesuai dan tidak terlalu ketat, ini bergantung kondisi kehamilan anda. Pastikan anda mencuba dulu sebelum beli sebab saiz perut ibu tidak sama. Jangan ikut label yang ada dibaju sangat. Lebih besar dan longgar itu lebih bagus.  
4. Utamakan baju yang boleh muat perut
Pilih kain baju yang boleh kembang, contohnya yang jenis masuk perut walau pun anda sudah hamil 9 bulan. Tidaklah beli baju awal kehamilan, sampai 5 bulan anda dah tak muat. Itu membazir!
5. Elak pakai baju bermanik 
Pakai baju tak perlu banyak manik atau kerawang. Pilih baju yang jenis kain ringan agar mudah nak bergerak. Anda dah ada bayi dalam perut, jadi tak perlu sulitkan diri untuk berjalan dengan manik-manik berlebihan di baju. 


Baju tak cantik pun takpe janji nampak sopan, kemas dan selesa. ^_^

2 comments:

  1. bila perut dah besar, ms sy prgnent bj masalah nak pakai semua xmuat..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.btl, dah sarat kan, perut pun mkin besr.. :)

      Delete