Sunday, 8 November 2015

##Health Tips

Assalamualaikum..wbt..

Badan kita mampu buat banyak perkara.. TETAPI.. 
TAHU KAH ANDA?? badan kita tidak boleh menyimpan vitamin C dan tidak dibuat oleh sel-sel badan kita..


Vitamin C ini adalah vitamin yang larut dengan air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan sangat penting untuk memastikan kandungan vitamin C di dalam badan tidak rendah.

Vitamin C sangat tidak stabil, ianya mudah rosak apabila terdedah kepada stress, pencemaran, merokok, terdedah kepada udara dan lain lain. 

Oleh itu, pengambilan suplmen vitamin C ini tersangat la penting untuk meningkatkan sistem imun kita..

Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan :

  • Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian badan.
  • Gusi tidak kuat dan berdarah
  • Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium. 
  • Penambahan kadar metabolisma berlaku
Antara Golongan yang Mempunyai kandungan vitamin C yang Rendah :

  1. Perokok : 1 batang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C. Kajian ke atas urine test perokok yang merokok lebih daripada 20 batang mendapati bahawa tiada kandungan vitamin C di dalam tubuh atau hanya sedikit sahaja.
  2. Pesakit kencing manis : Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap.Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C masih lagi mangalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara GULA & VITAMIN C. Pesakit juga mempunyai tahap kolagen yang kurang menyebabkan peroses penyembuhan luka yang terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan radikal bebas menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atheroslerosis, kerosakan saraf dan juga kerosakan buah pinggang. Dengan pengambilan vitamin C akan dapat membantu masalah di atas.
  3. Pesakit kanser
  4. Orang yang ketagih dengan alkohol
  5. Pesakit rheumatoid athritis.
  6. Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak : Mereka banyak kehilangan Vitamin B kompleks  dan vitamin C disebabkan aktiviti-aktiviti itu. Selain itu banyak terdedah pada cuaca panas.
  7. Pesakit kronik seperti batuk, selsema serta jangkitan kuman.
  8. Pemgambilan ubat-ubatan seperti pil perancang, aspirin dan pil antibiotik.
  9. Pesakit yang dirawat di hospital dan baru selesai pembedahan.
VITAMIN C sangat penting kerana : 

  • Berfungsi sebagai penguat sistem imun badan
  • sebagai anti-oksidan
  • Untuk penyembuhan luka yang cepat
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Mengurang alahan
  • Untuk kesihatan sistem jantung
  • Pengurangan stress

PENTINGKAN vitamin C ni??? pengambilan suplemen vitamin C ini adalah sangat penting untuk menyokong sistem imun badan kita dan dalam mengekal kan kelembapan kulit kita..



Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)

"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl

2 comments:

  1. thanks fizah, sharing info bermanfaat..")

    ReplyDelete
  2. welcome..buat diri sendiri juga.. :)

    ReplyDelete