Saturday, 21 November 2015

8 Kemungkinan Anda Dapat Anak Kembar Lebih Mudah

Assalamualaikum...

Image result for bayi kembar 2

Kembar??pasti ramai yang inginkan kelahiran kembar kan?? ^_^
Akhir ni dapat berita kelahiran kembar staff kat kerja.. Ya Allah teruja sangat kan? dan ada yang bakal melahirkan kembar.. teruja x terkata, perasaan yang tidak boleh digambarkan.. Alhamdulillah..




Pada yang ingin kan cahaya mata kembar mari kita tengok kemungkinan nak dapat anak kembar dengan mudah & dengan izin dari Allah swt..

Seronoknya bukan main kalau ibu ayah dapat anak kembar. Tambah pula kalau dah bertahun menanti cahaya mata, tetiba dapat berita gembira isteri hamil bayi kembar. Hanya dengan sekali saja menempuh frasa kehamilan dan kesakitan proses kelahiran, anda berjaya mendapat dua atau tiga orang bayi. Tapi bukan mudah untuk memiliki anak kembar walaupun anda ada genetik itu ya Tapi jom, kita semak dulu cara yang bantu ibu ayah untuk dapat bayi kembar... 
 
 
 
1. Ada keturunan keluarga
Genetik daripada keluarga anda dan suami, boleh jadi kemungkinan besar anda juga mampu dapat  anak kembar. Kalau semasa persenyawaan berlaku penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa, anda bakal dapat kembar yang diidamkan. 
 
 
2. Umur pun main peranan

Wanita berumur 35 hingga 40 tahun ke atas ada potensi yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Sebab wanita di usia ini mengambil rawatan kesuburan yang akan menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi disebabkan proses tersebut diganggu oleh proses perimenopause. 


3. Lebih ramai anak
Ya, lebih ramai bilangan anak yang pernah anda lahirkan, lebih tinggi peluang untuk melahirkan anak kembar pada kehamilan seterusnya.
 
 
4. Berat badan dan ketinggian
Wanita tinggi atau perempuan mempunyai berat badan yang lebih berat mempunyai potensi lebih tinggi untuk mendapatkan anak kembar.
 
 
5. Diet protein
Bonus bagi anda yang suka ambil makanan mengandungi estrogen tinggi diyakini mampu meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar. Protein ditemui dalam susu lembu, boleh meningkatkan jumlah telur yang dihasilkan oleh wanita. Serius, wanita yang suka minum susu cenderung memiliki bayi kembar lima kali ganda. 
 
 
6. Ubat kesuburan
Ini meningkatkan peluang anda untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi. Ubat kesuburan clomid memberi 10 peratus peluang manakala gonal F menawarkan  30 peratus peluang untuk anda hamil anak kembar.

 
7. Doa dapat anak kembar
Paling mudah, amallah doa yang terkandung dalam surah As-Saaffaat, ayat 120 dan surah As-Syura, ayat 50. Kena istiqamah dalam mengamalkan ayat ini agar dimakbulkan permintaan. 


 
 
8. Prosedur IVF
Kerap berlaku kalau pasangan mendapat rawatan persenyawaan bayi tabung uji atau Persenyawaan Luar Rahim  yang dikenali sebagai IVF.  Ini merangsang ovari supaya menghasilkan lebih daripada satu telur untuk meningkatkan kemungkinan kehamilan berjaya. 
 

Setiap impian pasti akan menjadi kenyataan dengan izin Allah SWT.. yang penting kita harus berusaha lebih, berdoa dan bertawakal lah kepada Allah SWT. In Sha Allah.. ^_^

2 comments: