Wednesday, 21 October 2015

[ TIP KESIHATAN ]Tips merawat ulcer di dalam mulut

Assalamualaikum.. ulser? Kalau dah kena memang terkesan sangat..nak makan pun sakit kn.. nak bercakap dengan orang pun malas sebab duk tahan sakit...





APA PUNCA ULSER NI?

  • -          Akibat tergigit atau terkeja makanan tajam
  • -          Kurang minum air
  • -          Kekurangan zat besi, asid folic dan vitamin B12
  • -          Jangkitan kulat, virus dan bakteria
  • -          Factor cuaca
  • -          Panas dalam
  • -          Kesan dari radioterapi dan kimioterapi


CARA / PETUA MERAWAT ULCER

1.  Air garam

– berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut
Air garam juga dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.

2. Air baking soda
Anda boleh mencampurkan air dan baking soda dan diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit.

3. Air kelapa

Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan.Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.


4. Marjerin

Mungkin anda tidak tahu bahawa marjerin mampu mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di ulser tersebut dan marjerin itu akan cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.


5. Madu

Madu sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Petua ini juga sangat sesuai dengan kanak-kanak.


Mudah dan senang saja kan petua-petua yang kita boleh cuba untuk mengurangkan ulser mulut. Jadi lepas ni tak perlu kita risau lagi jika terjadi ulser mulut, cuba salah satu petua diatas. Insyaallah semoga dapat membantu kita semua.

SUMBER : SINI

No comments:

Post a Comment