Sunday, 4 October 2015

Semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, ditutup 2 hari

Semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, ditutup 2 hari pada 5 & 6 Oktober 2015

Assalamualaikum.. 
makin teruk kan jerebu sekarang?? sampai sekolah semua da kena tutup..
orang yang bekerja mcm mana??? huhuu (^_^)




KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Semenanjung diarah tutup selama dua hari bermula esok kecuali sekolah Kelantan akibat keadaan jerebu yang semakin meruncing. 

Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Sabah bagaimanapun dibuka seperti biasa. 

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun Facebooknya, sebentar tadi. 

Sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual pada bulan ini dan November nanti. 

Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu. 

"Calon peperiksaan akan dibekalkan dengan topeng sepanjang menjalani peperiksaan sekiranya jerebu berterusan.

Selanjutnya di : bharian


Jaga kesihatan yer semua.. banyakkan minum air masak & kurang kan semua aktiviti luar..

4 comments:

  1. sini pon dpt ttp 2 hari..isn n selasa

    ReplyDelete
  2. kesian kita semua kan, bilalah jerebu nak berakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis..bkn stkt bdk bdk je..kita yg bsr ni pon sma terdedah..

      Delete