Monday, 26 October 2015

Resepi Aiskrim Vanila Homemade

Assalamualaikum..

Aiskrim?? mesti ramai yang suka kan? lagi lagi budak budak..mesti hantu ngan aiskrim kan?
bukan setakat budak, hubby fizah pun memang hantu aiskrim.. suka sangat makan

ada masa lapang, dapat je resepi dengan semangat nya esok kan nya jugak fizah buat..
hubby pun sama naik je tolong.

Resepi yang senang sangat2..

Bahan-bahan :

1 tin susu pekat (kalau xnak manis, boleh letak 3/4 susu)
2 tin air masak (sukat guna tin susu)
1 sdb ovelate
1 sdb tepung jagung
1 penutup esen vanila

Cara buat :

1. kacau susu, air n tepung jagung bagi sekata.. masak sekejap atas api kecil.. agak agak sekadar bagi tepung tu masak.
2. biar kan susu tadi sejuk terlebih dahulu.
3. Selepas susu betul betul sejuk, baru masukkan dalam bekas, tambah ovelate n esen. mixer bagi kembang
4. mixer guna kelajuan yang tinggi, sampai adunan putih gebu n ringan.
5. dah siap boleh la letak lam bekas n masukkan cepat2 ke dalam peti
6. biarkan semalaman, esokkan boleh la nikmati nya..
7. kalau nk color lain, boleh asing kan adunan, letakkan perisa n color yang di sukai.

** satu adunan nim boleh dapat 4 bekas aiskrim bergantung pada saiz bekas masing masing..
** adunan ni makin lama makin kembang, tak muat bekas mixer.. fizah letak dalam bekas yg
lebih besar.


adunan kembang cam pic ats tu n boleh 4 bekas




ni adik bongsu fizah.. suka sangat la dengan aiskrim.. memang hantu aiskrim.. hantar kt umah maa, separuh bekas dia sorang je makan.. huhuu ^_^
yang lain sempat la merasa sikit sorang. 


selamat mencuba yer..


10 comments:

  1. gitu cara buat ice cream ya baru tau...tq ilmunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis..wc.. byk lg respi lain aiskrim..mcm mcm..fzah bru try yg ni dlu..hehe

      Delete
  2. tq sbb share resepi.. boleh try ni.. busyra suka sngt aiskrim vanila

    ReplyDelete
  3. sendiri buat lagi jimat kan dik...masak cik akak buat masuk blender je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu sis..jimat duit..blh plak 4 bekas..heehe

      Delete
  4. memang nak buat , singgah sini jumpa resepi, terima kasih .
    Singgah pagi dari DUNIA CIK AKAK
    [cahayakehalusankelembutan.blogspot.my]

    ReplyDelete