Sunday, 27 September 2015

PETUA CEPAT HAMIL

PETUA CEPAT HAMIL

Assalamualaikum.. ari ni fzah nk share petua sng nk hamil..nim pon smlm ada kak ipar bercerita.. so fzah pon google la cri info terperinci..


Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mb kita boleh try petua ini. Petua ni aku dapat melalui email daripada salah seorang member. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.





Petuanya : 


1. Ambil segenggam kacang hijau. 

2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air). 

3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk) 

4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau) 

5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana. 

6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas). 

7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. kalo dh malas nk wat tauge sendiri beli je la yg dh ada kt kedai...Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. 

Elakkan:


• Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas 

• Makan junk food 

• Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai 

• Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza 

• Makan burger dan nugget 

• Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

kita cuma merancang je kan..berusaha, berdoa n tawakal pd Allah SWT.. mudh muahan dgn izin Nya dpt la menimang cahaya mata.. amin.. :)

"SEMOGA BERMANFAAT.. "

4 comments:

  1. Terima kasih sharing. Makanan memang memainkan peranan yg sgt pentingšŸ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama smaa..aah.tula kn,,smua dr pmkanan kita..

      Delete
  2. ini boleh jadi panduan walaupun belum kawen.. hihih
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com
    Jom singgah entry ni: Malaika Oil Produk Semulajadi terbaik untuk kulit
    dan juga entry ini Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..xpew blm khwn pon..sng dh tau awl awl.hheehe

      Delete