Sunday, 9 August 2015

Resepi Donat



Bahan-Bahan :

1kg gandum
3 sdb planta
2 biji telur
suku tin susu pekat + air biasa
secubit gram
1/2 paket yeast mauripan (rendam dengan sedikit air suam, bagi yeast kembang)


Cara - cara :

1. masukkan tepung ke dalam bekas, gaul dengan secubit garam,
2. masukkan planta, gaul
3. pecahkan telur, gaul
4, masukkan yeast, gaul, masukkan air susu dan uli adunan sampai adunan tidak melekit kat tangan.
5. uli lagi sampai adunan lembut.
6. biar kan adunan didalam bekas selama 1/2 jam, bagi adunan naik dua kali ganda. (tutup permukaan adunan dengan tuala lembap)
7. bila adunan dah naik berganda, uli adunan sekejap sebelum dicanai.
8. bolehlah canai adunan n terap adunan bulat bulat.. (saya terap dengan gelas jew.. huhuu )
9. siap semua, bolehla panaskan kuali.. pastikan minyak betul betul panas, baru masukkan donat yer..
10. siap goreng boleh la gaul dengan gula ising.

**tengah tengah donut tu boleh buat dengan jari.. senang dan mudah je kan?? :)

10 comments: