Tuesday, 4 August 2015

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut



Suka sangat makan kek nim.. senang pon senang, x lah cerewet sangat..kan??? huhuhu



Bahan Gula Hangus :

2 cwn gula
2 cwn air

Bahan Adunan Kek :

2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
2 sdk soda bikarbonat
2 sdb marjerin (dicairkan)
6 biji telur
1/2 cwn susu pekat

CARA-CARA :

1. Cairkan gula dalam periuk sampai perang, atau hangus sikit.. (jgn iarkan terlampau lama yer.. kalau terlebih hangus n gelap nanti kek akan jadi pahit), lepas tu masukkan air, kacau sampai sebati n tutup api.
2. Biar kan air gula hangus sejuk.
3. Dalam bekas lain, pukul telur sampai kembang, masukkan susu, maejerin n putar sampai sebati.
4. Masukkan gandum sedikit demi sedikit, putar dan last sekali msukkan gula hangus, putar lagi sampai adunan sebati.
5. Griskan loyang dengan marjerin.
6. Tapiskan adunan ke dalam loyang n perap adunan selama 3 jam (utk cantikkan lg sarang dia, DEPENDS nk perap or xnak pon xpe.. boleh je terus kukus).
7. Kukus selama 1 jam atau sampai kek masak.


2 comments:

  1. tengok kek gula hangus ni teringat dekat mak di kg...
    ni kek kegemaran mak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.tula..org dlu ske kn but kek nim..sng..

      Delete