Monday, 26 September 2016

Assalamualaikum semua sahabat2 blog ^_^

Assalamualaikum.

apa khabar semua rakan blogger? wahh.. lama bebenar tak update blog ni. rindu yang teramat sangat.
Alhamdulillah.. malam ni berkesempatan nak berblog. dapat update satu pun jadi la kan?
alahai.. rindu sangat sangat. ^_^

almost 3 bulan lebih rasanya tak update. since tunggu masa nak deliver baby hari tu.. syukur Alhamdulillah fizah dah selamat lahir kan baby girl 2.7.2016, 2.79kg. sekarang baby pun dah nak masuk 3 bulan.

sekejap je masa berlalu kan?
tempek pic sekeping kat bawah ^__^


baby fizah.. "nurhumaira" :)

minggu depan humaira dah masuk tiga bulan. ke klinik lagi la, cucuk dan timbang. berapa la agak nya berat humaira sekarang kan? dah semakin semangat ummi tengok. umur sebulan berat 3.5kg, dua bulan 4.45kg. tiga bulan? emm. tak leh nak agak berapa.hehe 

apapun janji anak ummi ni sihat dan membesar dengan baik, jadi anak solehah ummi ayah. In Sha Allah. aminn..

setakat ni jela dulu berblog malam nim. lain hari nanti fizah akan berblog lagi. In Sha Allah.

selamat malam semua. semoga kita tergolong dalam orang orang yang beriman.
jangan lupa sebelum tidur baca:
surah al fatihah, 3 qul, ayat qursi dan doa tidur yer. ;)

Saturday, 11 June 2016

Cara Minum Air Bulan Puasa Nanti. Pastikan Cukup!

Assalamualaikum..


Puasa Pun Kena Minum Air



Agak sukar untuk menjaga kesihatan yang bagus dengan diuji berpuasa dengan cuaca yang panas terik. Tetapi stamina perlu tetap dijaga agar tidak dehidrasi atau jatuh sakit. Apakah cara yang terbaik untuk terus menjaga tubuh badan dengan keadaan tidak boleh makan dan minum? Ikuti tip untuk jaga kesihatan dengan melengkapkan tubuh badan dengan air yang cukup sepanjang berpuasa...
 

 

1. Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur

Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.
 

2. Minum Waktu Tidur

Peluang untuk minum ahnya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum. 
 

3. Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi

Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.
 

4. Elak Minum Banyak Ketika Berbuka 

Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi puasa musim panas, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. membutuhkan asupan air lebih banyak saat makan sahur, dimana tubuh Anda selanjutnya tidak akan menerima asupan air untuk beberapa jam ke depan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah solusi yang tepat.
 

5. Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air

Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.
 

6. Bawa Air Ketika Keluar Malam

Sudat niat nak keluar malam macam pergi terawih atau cari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air. 
 

Cadangan minum air ketika puasa:

1 gelas selepas berbuka dengan kurma
1 gelas selepas makan nasi
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Terawikh
1 gelas setelah makan malam (kuih muih)
1 gelas sebelum tidur
1 gelas sebelum sahur
1 gelas selepas makan sahur
 
 
Ok, cara ini cukup 8 gelas air sehari walau anda berpuasa. 
 
 
Nampak senang untuk lakukan, tetapi ramai yang tidak amalkan. Mungkin kerana tidak biasa dan kurang ambil tahu kesan tubuh badan yang kurang air. Jadi ramai yang abaikan. Ingat ya, sebelum jatuh sakit jangka masa panjang, lebih baik kita memilih jalan untuk menjaga kesihatan.

semoga bermanfaat.. 

Doa hari ini

Assalamualaikum..




" Ya Allah, aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal ibadah yang diterima "

amin.. ya rabbal alamin..

Wednesday, 8 June 2016

Promosi Jun 2016

Assalamualaikum..

Super jimat..!

Bulan Jun ni Jimat sangat pada consumer Shaklee sebab Lecithin, Mealshake dan Vitalea for Kids; 3-3 ni offer best!

Paling Fizah nak tekankan adalah Lecithin sebab ia membantu kempiskan perut, di mana salah satu ikhtiarnya guna Lecithin. 

Lecithin tu 'Si Pemecah Lemak'
Tugas dia 

1. Sebagai 'pemecah' lemak dalam
badan agar mudah dikeluarkan
2. Selain itu, jika ada sesiapa
selalu LUPA, elok ambil Lecithin bantu untuk 'tajam'kan pemikiran dan peringatan
3. Jika bacaan kolesterol tinggi juga elok ambil Lecithin untuk kurangkan kolestrol dalam badan.

Mealshakes pula paling popular untuk anak-anak kerana ia mengandungi Protein, Vitamin dan Minerals yang cukup nutrisi untuk pembesaran anak-anak.

Jika ada anak-anak yang picky eater atau susah nak makan, kerap demam, tiada selera makan, sembelit, gigi cepat rosak, Mealshakes adalah antara supplemen yang complete untuk kesihatan anak- anak.

Selain itu, Mealshakes juga boleh diminum oleh orang dewasa dan antara set BAJET paling popular fizah syorkan adalah Set Breastfeed Bajet hanya Mealshakes dan Alfalfa serta Set tambah Berat  orang dewasa iaitu Mealshakes , Vitalea dan Bcomplex.

Jadi boleh diminum seisi keluarga. Untung sangat!




"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312

Thursday, 26 May 2016

Promosi Mei Shaklee 2016

Assalamualaikum..


Promosi Mei yang super duper jimat..!

 
 
1) ALFAFA COMPLEX (SMALL & LARGE)
 
BUY 3 FREE 1
 
2) COLLAGEN POWDER
 
BUY 6 FREE 1 / BUY 2 GET 5% DISCOUNT
 
3) VITA-LEA for CHILDREN
 
BUY 3 FREE 1
 
 
Jom dapatkan harga promosi sekarang.. Promosi tinggal 5 hari saja lagi.. ^_^

Berminat?? boleh selit order, call / whatsapp fizah yer..



 
 
"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312



Hebatnya Kuasa Setitis Perahan Lemon

Assalamualaikum..


Hebatnya Kuasa Setitis Perahan Lemon
 
 

Banyak kebaikan yang boleh ditemui dalam buah lemon. Kebaikan yang boleh diberikan oleh buah lemon kepada kesihatan tubuh adalah berikutan dengan elemen-elemen menyihatkan seperti vitamin C, vitamin B6, vitamin A, vitamin E, folat, niasin, tiamina, riboflavin, asid pantothenic, tembaga, kalsium, besi, magnesium, kalium, zink, fosforus, dan protein. Khasiat lain?

1. Lemon adalah buah yang mengandungi flavonoid, iaitu komposit yang mengandungi antioksidan dan sifat melawan kanser.

2. Mampu membantu mencegah diabetes, sembelit, tekanan darah tinggi, demam, masalah pencernaan dan juga memperbaiki masalah kulit, rambut dan gigi.

3. Buah yang berwarna kuning ini mengandungi asid sitrik yang berkesan dalam merawat jerawat. Vitamin C yang terdapat dalam lemon amat penting untuk kulit sihat bersinar.

4. Manakala sifat kealkaliannya mampu membunuh beberapa jenis bakteria penyebab jerawat. Bagi yang mengalami masalah jerawat, anda boleh menyapu jus lemon pada jerawat dan biarkan semalaman. Lakukan sebelum anda tidur pada waktu malam.

5. Sifat antibakteria dan antivirus lemon boleh mempercepatkan proses penyembuhan dalam kes kanker atau pengulseran terutama pada bibir atau lapisan rongga mulut. Jika anda mengalami masalah ini, kumurlah dengan perahan air lemon yang telah dicampuri air selama tiga kali sehari.

6. Apabila anda mengalami demam selesema, pengambilan lemon amatlah digalakkan. Luaran dan dalaman tubuh boleh mendapat kesannya. Apabila diminum, jus lemon menyediakan vitamin C yang diperlukan untuk mempertahankan sel-sel dalaman.

7. Lemon juga melawan virus pada membran mukus dalam hidung dan tekak. Jika anda rasa diri akan mengalami demam selesema, bolehlah meminum sebiji perahan buah lemon yang telah dicampurkan air suam setiap dua jam.

8. Lemon mampu membantu menyegarkan nafas yang berbau selepas makan atau nafas berbau yang disebabkan oleh air liur yang tidak mencukupi.  Bagi memastikan nafas segar, kumurlah mulut anda beberapa kali sehari dengan perahan jus lemon yang telah dicampurkan dengan air suam. Mengunyah hirisan lemon selepas makan juga boleh membantu masalah nafas berbau.

9. Jika anda menderita masalah kolesterol tinggi, ketahuilah pengambilan buah lemon amat bagus sekali. Ini kerana kuasa pektin serta kuasa perangsang metabolisme dan pengedaran darah yang terdapat dalam buah lemon mampu membantu merendahkan kolesterol.

10. Minumlah air perahan sebiji lemon yang telah dicampurkan dengan air suam selepas makan kerana asid buah lemon dikatakan mampu merangsang penghasilan asid perut dan aktiviti otot perut.

11. Jus lemon memiliki kesan alkali berkuasa dalam tubuh. Ini adalah agen semula jadi menentang asid berlebihan yang juga bertanggungjawab untuk rheumatism. Minumlah perahan sebiji buah lemon yang telah dicampur dengan air suam sebanyak 3 kali sehari. Jika anda mengalami sakit yang agak teruk, tambahkan kepada dua biji buah lemon sebanyak tiga kali sehari.

12. Air perahan buah lemon dikatakan boleh digunakan dalam rawatan penjagaan rambut. Sapukan perahan air lemon kepada kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur, keguguran rambut dan masalah lain berkaitan rambut dan kulit kepala. Jika anda sapukan air perahan lemon terus pada rambut, ini boleh membuatkan rambut bersinar secara semula jadi.

13. Air perahan lemon boleh disapu pada parut terutamanya pada parut kulit terbakar. Ini kerana sebagai agen penyejuk, mampu mengurangkan rasa pedih pada kulit terutamanya jika kulit merengsa.

semoga bermanfaat..

Gerakan Buang Lemak Paha & Betis Lebih Berkesan

Buang Lemak Paha & Betis Lebih Pantas
 
 
Paha dan betis yang besar sememangnya boleh menyebabkan wanita hilang keyakinan personaliti diri. Impaknya, gaya berpakaian juga menjadi terhad. Kedua-dua bahagian ini membesar akibat sisa lemak tubuh yang tidak diolah menjadi energi. Semakin tidak sihat diet anda, semakin banyaklah tubuh menimbunkan lemak.

Anda mahu bentuk kaki yang cantik persis super model?
Berikut langkah senaman untuk dicuba.



Langkah 1
Berdiri tegak. Bengkokkan kaki kiri ke belakang. Sentuh hujung jari kanan di belakang buku lali. Tahan seketika. Ulang langkah yang sama beberapa kali kemudian tukar dengan kaki sebelah kanan pula.



Langkah 2
Berdiri tegak. Tangan kanan dicekak ke bahagian pinggang sebelah kanan. Kaki kiri pula dibengkokkan ke paras perut dengan tangan kiri di atas lutut kiri. Tahan seketika. Ulang langkah yang sama kemudian tukar dengan kaki sebelah kanan.



Langkah 3
Senaman ini lebih dikenali sebagai squat. Bengkokkan kedua-dua kaki seperti posisi duduk di atas kerusi. Kedua-dua tangan dibengkokkan ke atas. Tahan selama mana yang anda mampu. Ulang langkah ini mengikut keupayaan diri anda.



Langkah 4
Berdiri tegak. Bengkokkan kaki kiri ke paras 90 darjah. Kedudukan tangan kiri dihayunkan ke belakang manakala tangan kanan dibengkokkan. Tahan seketika dan ulang langkah yang sama. Tukar dengan kaki kiri pula dengan kedudukan tangan kanan dihayunkan ke belakang manakala tangan kiri dibengkokkan.



Langkah 5
Bengkokkan tubuh. Lunjurkan kaki kanan ke sisi kanan manakala kaki kiri dibengkokkan sebagi pengampu tubuh. Tangan kiri dicekak ke pinggang sebelah kiri manakala tangan kanan diluruskan ke hadapan tubuh. Ulang langkah yang sama untuk kaki sebelah kiri pula.

Ekstra Tip:

Diet Agar Kaki Menawan:

1. Makan sedikit demi sedikit. Makan lebih kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. Ia bagi memastikan metabolisme tubuh sentiasa maksimum. Apabila metabolisme tinggi, proses pembakaran lemak berjalan dengan lebih lancar.

2. Minum air putih dan elakkan minuman air manis. Sebolehnya cuba minum tiga liter air dalam sehari.

3. Lebihkan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan jumlah fiber yang cukup akan membantu mengurangkan penyimpanan lemak dalam tubuh.

4. Pilih lemak baik untuk dimakan. Ambil lemak yang mengandungi omega 3. Ingat! Kita perlukan lemak untuk membakar lemak.

5. Lebihkan pengambilan protein dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Ketika makan, lebihkan pengambilan ayam dan ikan sebagai sumber protein.


semoga bermanfaat..